Bahagian Pembangunan

KETUA JABATAN

kj pembangunan.jpg


Nama :

YBhg. Datuk Masyati binti Abang Ibrahim
 

VISI

Mencapai tahap pengurusan program dan projek pembangunan fizikal yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020

MISI 

Menjadi peneraju utama dalam menyediakan kemudahan infrastruktur pendidikan yang unggul dan berkualiti, kos efektif, menepati masa serta mempunyai nilai tambahan dan menguntungkan yang menjadi penanda aras kepada stakeholders

OBJEKTIF

Bahagian ini bertanggungjawab membangunkan infrastruktur pendidikan yang telah dirancang dengan kos efektif dan menyelaraskan pelaksanaan projek-projek fizikal pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

FUNGSI

  • Merancang, mengurus, melaksana dan memantau projek-projek pendidikan dari segi fizikal dan kewangan.
  • Menyelaras pengurusan perunding dan kontraktor bagi projek-projek pembangunan pendidikan.
  • Menguruskan perolehan tapak-tapak projek pendidikan dan tapak-tapak rezab atau simpanan Persekutuan untuk kegunaan pembangunan
  • Menyediakan Anggaran Kewangan Bulanan, Suku Tahun dan Tahunan bagi projek-projek pembangunan pendidikan.
  • Menyelaras, menyedia, mengagih, memindahkan dan mengawal peruntukan pembangunan P.41 dan S.41 tahunan Kementerian.
  • Memantau status, menyelaras dan mengawal selia data-data projek pembangunan pendidikan.
  • Merancang, mengawal dan mengurus pentadbiran am, sumber manusia, kualiti, kewangan, audit dan sistem kawalan dalaman Bahagian.
  • Mengemukakan maklum balas berhubung aduan awam dalam tempoh 10 hari bekerja.
  • Pembayaran bil/tuntutan/invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima dokumen sekiranya dokumen lengkap.
  • Mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor dan perunding dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Lembaga Perolehan.
  • Menguruskan pelaksanaan projek-projek/program-program pembangunan pendidikan dengan cekap dan sempurna berdasarkan kepada peruntukan dan projek-projek/program-program yang diluluskan oleh Kerajaan;
    • Mengeluarkan Surat Kuasa kepada agensi pelaksana sebulan selepas tarikh penerimaan kelulusan senarai projek
  • Menyiapkan projek pembangunan fizikal dalam tempoh masa yang ditetapkan. 
  • Mengagihkan peruntukan tahunan untuk menampung keperluan agensi pelaksana/pusat tanggungjawab;
    • Mengeluarkan waran peruntukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Mengemukakan permohonan pengambilan balik tanah kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi tapak-tapak projek pembangunan pendidikan yang diperakukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dalam tempoh satu bulan.

PIAGAM PELANGGAN

  • Mengemukakan maklum balas berhubung aduan awam dalam tempoh 10 hari bekerja.
  • Pembayaran bil/tuntutan/invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima dokumen sekiranya dokumen lengkap.
  • Mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor dan perunding dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Lembaga Perolehan.
  • Menguruskan pelaksanaan projek-projek/program-program pembangunan pendidikan dengan cekap dan sempurna berdasarkan kepada peruntukan dan projek-projek/program-program yang diluluskan oleh Kerajaan;
  • - Mengeluarkan Surat Kuasa kepada agensi pelaksana sebulan selepas tarikh penerimaan kelulusan senarai projek.
  • Menyiapkan projek pembangunan fizikal dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Mengagihkan peruntukan tahunan untuk menampung keperluan agensi pelaksana/pusat tanggungjawab;
  • - Mengeluarkan waran peruntukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Mengemukakan permohonan pengambilan balik tanah kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi tapak-tapak projek pembangunan pendidikan yang diperakukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dalam tempoh satu bulan.

CARTA ORGANISASI

Maklumat sedang dikemaskini

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pembangunan 
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, 3 & 6, Blok E2, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604 Putrajaya
03-8884 9490 03-8888 9008  
  • Hits: 40005

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 03 Ogos 2021, 12:45.
kpm