Bahagian Pembangunan Kurikulum
KETUA JABATAN
|
LATAR BELAKANG
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merupakan satu bahagian di bawah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab memperbaiki mutu dan meningkatkan taraf pendidikan melalui penggubalan dan pembangunan kurikulum yang relevan dan bermutu untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
VISI
Menghasilkan Kurikulum yang berkualiti untuk pendidikan negara yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020
MISI
Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya dan untuk memenuhi keperluan negara
FUNGSI
- Membangunkan kurikulum sekolah.
- Menyebar kurikulum sekolah.
- Memantau pelaksanaan kurikulum sekolah.
- Menyediakan bahan sokongan kurikulum sekolah.
- Menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum sekolah.
OBJEKTIF
Membangun dan mengembangkan kurikulum sekolah ke arah peningkatan kualiti pendidikan selaras dengan aspirasi negara.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji akan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan pelanggan mendapat:
- Dokumen Standard Kurikulum atau Bahan Sokongan Kurikulum dalam masa 15 hari selepas diterbitkan.
- Khidmat kepakaran dan rundingcara berkaitan kurikulum dalam tempoh 5 hari bekerja.
- Kursus Orientasi atau Pendedahan Kurikulum dalam masa 5 hari bekerja.
- Sebarang maklum balas kurikulum dalam tempoh 3 hari bekerja selepas cadangan diterima.
STRUKTUR ORGANISASI
HUBUNGI
Alamat | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Pembangunan Kurikulum |
03-8884 2000 | 03-8888 9917 | [emel] |
- Hits: 188318