Bahagian Matrikulasi
|
VISI
Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
MISI
Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
OBJEKTIF
- Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
- Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi KPM bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan professional; dan
- Menjana lepasan Program Matrikulasi KPM yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.
FUNGSI
- Merancang dan menggubal dasar-dasar Program Matrikulasi.
- Menggubal dan menentukan dasar-dasar penawaran dan kemasukan pelajar-pelajar ke Program Matrikulasi.
- Menggubal dasar kemasukan lulusan Program Matrikulasi ke Universiti Awam (UA). Kemasukan lulusan program ini ke Ijazah Pertama dikendalikan bersama BPKP, KPT.
- Mengeluarkan Sijil Matrikulasi KPM.
PIAGAM PELANGGAN
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:
- Kurikulum pengajian Program Matrikulasi disemak sekurang-kurangnya tiga (3) tahun atau mengikut keperluan semasa.
- Keputusan peperiksaan diserahkan kepada pelajar tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh akhir peperiksaan.
- Transkrip peperiksaan dikeluarkan tiga puluh (30) hari bekerja selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi menerima surat tawaran dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja sebelum tarikh pelajar mendaftar.
- Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (Bagi dokumen yang lengkap).
- Maklum balas awal aduan pelanggan diberikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
STRUKTUR ORGANISASI
|
HUBUNGI
Alamat | Telefon | Faks | Emel (@moe.gov.my) |
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya |
03-8884 4083 | 03-8884 4028 | info.matrikulasi |
- Hits: 82295