Bahagian GENIUS

KETUA JABATAN

kj GENIUS


NAMA :

Dr. Noraisah binti Spahat
 

VISI

Memacu Insan Berkualiti, Meraikan Kepelbagaian Bakat, Negara Terbilang

MISI

Menyerlahkan kepelbagaian potensi dan bakat individu bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti untuk memenuhi keperluan negara.

OBJEKTIF

Maklumat sedang dikemaskini

FUNGSI

Fungsi Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut :

  • Merancang hala tuju, membangunkan program, menetapkan senarai aktiviti, menggubal dasar dan membangunkan Key Performance Indicator(KPI) yang merangkumi ;
    • Program-Program yang berada di bawah tadbir urus Bahagian GENIUS iaitu; GENIUS Negara, GENIUS Kurnia dan GENIUS STEM Talent; dan
    • Program yang berada di bawah pelaksanaan Agensi Pelaksana; GENIUS@Pintar (UKM), GENIUS Seni (JKKN), GENIUS Insan (USIM) dan GENIUS Remaja (UKM).
  • Menyelaras keperluan program yang melibatkan peruntukan, pelaksanaan sesi libat urus (engagement) dengan pelbagai pihak, pengurusan data/maklumat berkaitan dan lain-lain.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti program yang berada di bawah tadbir urus Bahagian iaitu berkaitan Program GENIUS Negara, GENIUS Kurnia dan GENIUS STEM Talent.
  • Melaksanakan fungsi pengurusan selaras dengan status sebagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang melibatkan program di bawah kawalan Bahagian meliputi Program GENIUS Negara, GENIUS Kurnia dan GENIUS STEM Talent iaitu:
    • pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi
    • pengurusan kewangan;
    • pengurusan pembangunan; dan
    • pentadbiran.
  • Memantau pelaksanaan hala tuju semua Program GENIUS termasuk aktiviti yang berkaitan dengan fungsi pengurusan.
  • Memantau prestasi KPI Bahagian bagi tujuan penilaian, di mana penilaian ini mempunyai kaitan dengan Zero Based Budgeting (ZBB) bagi tujuan memohon peruntukan mengurus (OE) tahunan.
  • Melaksanakan kajian impak ke atas Program GENIUS dan penilaian semula prosedur bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Program.
  • Mengurusetiakan Mesyuarat dan Jawatankuasa yang telah diputuskan penubuhannya melalui Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan lain-lain seperti Majlis Program GENIUS dan Jawatankuasa Pelaksanaan Program GENIUS.
  • Melaksanakan fungsi sebagai pengkhidmat (staffing) dan urus setia kepada Yayasan GENIUS Malaysia.
  • Mengurusetiakan akaun amanah Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia (TKKKS).
  • Menyediakan pelaporan dan maklum balas kepada Mesyuarat dan Jawatankuasa di pelbagai peringkat seperti Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan, Parlimen dan lain-lain.

 

PIAGAM PELANGGAN

 Maklumat sedang dikemaskini

CARTA ORGANISASI

CARTA JAWATAN 2019 page 001

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)

Bahagian GENIUS, 
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok Podium,
Menara Usahawan, Persiaran Perdana,
Presint 2,
62652 Putrajaya.

 03-8880 5151/5147  03-8880 5166  
  • Hits: 75444

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 31 Mac 2023, 08:50.