Lembaga Peperiksaan

KETUA JABATAN

kj lpm.jpg


Nama :

Tuan Haji Adzman Bin Talib
 

LATAR BELAKANG

Lembaga Peperiksaan (LP) lahir sebagai Unit Peperiksaan di Kementerian Pelajaran pada 3 Mei 1956. Pada tahun berikutnya, Unit Peperiksaan telah ditukar kepada Lembaga Peperiksaan. Penubuhannya untuk mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah di negara ini sejajar dengan hasrat Penyata Razak (1956). LP merupakan satu-satunya badan peperiksaan di dunia yang menjalankan peperiksaan secara berpusat. Peperiksaan ini berlandaskan kurikulum kebangsaan yang dijalankan untuk 1.5 juta calon secara serentak.

VISI

Peneraju Pentaksiran Bertaraf Dunia Menjelang 2020

MISI

Sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan yang terjamin kualitinya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan serta berperanan ke arah pembelajaran yang lebih berkesan.

OBJEKTIF 

  • Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan dan penilaian sekolah, peperiksaan dan penilaian pusat dan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara.
  • Memberi khidmat bantu, khidmat nasihat dan khidmat rundingan tentang Sistem Peperiksaan dan Pentaksiran Kebangsaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

FUNGSI

  • Memberi nasihat, memantau, membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah.
  • Mengendalikan semua peperiksaan dan mengikut peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
  • Mengadakan peperiksaan, mengendalikan pemantauan dan menguatkuasakan peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
TANGGUNGJAWAB
  • Menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum.
  • Menggubal spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran.
  • Menggubal alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum.
  • Menyelaras, mengeluar, mencetak dan mengedar alat pengukuran.
  • Mengawal dan mengendali peperiksaan awam dan luar negeri.
  • Memproses kemasukan calon dan data, mengeluarkan keputusan dan sijil dan menganalisis statistik.
  • Menyelidik untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesahan "standard".
  • Mengurus khidmat bantu, nasihat dan perundingan berkaitan pentaksiran pendidikan.
  • Memberi kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan/mengendalikan peperiksaan, menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan dan arahan peperiksaan.

PIAGAM PELANGGAN

LP bertanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan dengan cekap, licin dan selamat. Untuk mencapai hasrat ini, kami berjanji:

  • Menilai prestasi calon dengan adil, sahih melalui alat pengujian dan pengukuran yang sah dan boleh dipercayai berdasarkan kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
  • Membekalkan kertas soalan dengan cukup dan selamat mengikut jadual peperiksaan;
  • Menyediakan kemudahan peperiksaan yang sempurna dan saksama untuk semua calon;
  • Mengeluarkan keputusan peperiksaan yang sah dalam tempoh empat bulan dan sijil dalam tempoh enam bulan selepas keputusan peperiksaan;
  • Memberi peluang kepada calon membuat rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan dan memberi keputusan dalam tempoh tiga bulan;
  • Memberi perkhidmatan yang mesra dan bersedia untuk memberi bantuan yang berkaitan dengan peperiksaan; dan
  • Meningkatkan pengurusan peperiksaan yang selamat, cekap, berkesan, canggih, dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.

STRUKTUR ORGANISASI

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@1mocc.gov.my)
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 2 , Blok E11, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604, Putrajaya, Malaysia.
http://lp.moe.gov.my/ +603-8000 8000 +603-8888 8001 [emel]
  • Hits: 11222
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Ogos 2019, 17:49.