Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian

KETUA JABATAN

kj pendidikan sukan dan seni.jpg


Nama :

Encik Zainal Abas
 

LATAR BELAKANG

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) telah ditubuhkan pada tahun 1958 melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Penasihat Pelajaran (Chief Education Advisor) Persekutuan Tanah Melayu, semua Ketua Pegawai Pelajaran Negeri (Chief Education Officer) dan wakil-wakil negeri, yang telah diadakan di Kementerian Pelajaran, Rumah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Mac 1958.

Dengan tertubuhnya negara Malaysia, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Persekutuan Tanah Melayu juga telah berubah menjadi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia atau MSSM. Pentadbiran MSSM ini telah dijalankan oleh sebuah urus setia yang terdiri daripada pegawai-pegawai Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bermula 1 Oktober 1995, Bahagian Sukan telah ditubuhkan untuk mengambilalih fungsi pembangunan, pengurusan dan pendidikan sukan yang melibatkan ‘Sukan Untuk Semua’ (Sports For All) dan ‘Sukan Untuk Kecemerlangan’ (Sports For Excellence) yang selaras dengan Dasar Sukan Negara. Dengan tertubuhnya Bahagian Sukan terdapat dua badan yang mengendalikan sukan di peringkat sekolah iaitu Bahagian Sukan dan MSSM. Kedua-dua badan ini menjadi urus setia bersama dalam melaksanakan tugas-tugas pengurusan sukan ketika itu.

Melalui pengstrukturan baharu Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 16 September 2003 hasil daripada MoU Menteri Pelajaran dan Menteri Belia dan Sukan, pelaksanaan pembangunan program sukan di sekolah-sekolah diletakkan di bawah bidang tugas Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan (JPJS) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran.

Pengstrukturan Kementerian Pelajaran Malaysia pada Jun 2008 pula telah meletakkan Unit Kokurikulum di Bahagian Sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan yang dikenali sebagai Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum.

Pada 29 Julai 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewujudkan Bahagian Sukan sebagai sebuah Bahagian yang berasingan dari Bahagian Kokurikulum dan Kesenian. Pengstrukturan semula diadakan supaya Bahagian Sukan memberi fokus kepada pembangunan sukan di sekolah.

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF

  • Merancang, menggubal dan menyelaras Program Sukan untuk membangunkan potensi ke arah melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi, berbakat dan cergas;
  • Merancang dan menyelaras Program Sukan di sekolah sukan dan sekolah di seluruh negara;
  • Memastikan pelaksanaan Program Sukan yang sedia ada mencapai piawaian yang ditetapkan;
  • Merancang, melaksana dan menyelaras program dan aktiviti sukan sekolah di seluruh negara;
  • Merancang dan mewujudkan kolaborasi yang strategik dengan pelbagai pihak dan agensi pelaksanaan program dan aktiviti sukan;
  • Menjadikan Bahagian sebagai penanda aras program pendidikan sukan dalam dan luar negara.

FUNGSI

  • Mentadbir urus Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian.
  • Menggubal dasar mikro pembangunan sukan.
  • Merancang, mengurus, menyelia dan menilai pelaksanaan program sukan prestasi tinggi seperti Majlis Sukan Sekolah Malaysia, Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Sukan Negeri dan Pusat Latihan Daerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Merancang, mengurus, menyelia dan menilai pelaksanaan program pembangunan sukan sekolah dan Sukan Untuk Semua serta Dasar 1Murid 1Sukan.
  • Menguruskan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan.
  • Merancang, mengurus dan menyelia kemudahan, prasarana dan peralatan sukan.
  • Menguruskan jaringan kerjasama dengan rakan strategik sukan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami bagi melaksanakan Dasar Pendidikan Negara melalui program-program sukan yang berkualiti di sekolah-sekolah melalui usaha-usaha berikut :

  • Memastikan semua murid berpeluang mengikuti kegiatan sukan;
  • Mengenalpasti murid yang mempunyai potensi diberi peluang mengembangkan bakat mereka;
  • Menyediakan peluang kepada murid yang berprestasi tinggi untuk menyerlahkan kecemerlangan;
  • Meningkatkan profesionalisme personel Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian secara berterusan;
  • Memastikan semua permohonan aduan dan maklumbalas diambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari waktu bekerja;
  • Memastikan pelanggan dan 'stakeholders' menerima layanan yang mesra, saksama dan mendapat bantuan sewajarnya

STRUKTUR ORGANISASI

 Maklumat sedang dikemaskini

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Parcel E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya 
Malaysia
03-8884 1002 03-8888 6790 [emel]
  • Hits: 5964
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Ogos 2019, 17:49.