Bahagian Profesionalisme Guru

KETUA JABATAN

kj pendidikan guru.jpg


Nama :

YBhg. Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul

LATAR BELAKANG

Bahagian Pendidikan Guru ialah bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengendalikan program pendidikan keguruan dalam perkhidmatan. Program pendidikan keguruan berhasrat memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang professional, berketerampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi.

VISI

Bahagian Pembangunan Profesionalisme Keguruan Yang Elektif Dan Responsif Kepada Hala Tuju Kementerian Pendidikan Malaysia.

MISI

Melaksanakan Program Pembangunan Profesionalisme Keguruan Secara Terancang Dan Berterusan.

OBJEKTIF

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai peneraju utama dalam pendidikan guru bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang berkualiti. BPG bertindak sebagai sebuah badan professional keguruan yang bertanggungjawab sepenuh terhadap peningkatan kualiti guru dan memastikan pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

FUNGSI

  • Merancang hala tuju latihan pembangunan profesionalisme keguruan menggubal dan menilai pelaksanaan dasar latihan guru.
  • Memberi khidmat kepakaran, merancang, membangun, menilai dan menentukan pematuhan standard latihan keguruan.
  • Memberi khidmat kepakaran, merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program bina upaya keguruan.
  • Memberi khidmat kepakaran, merancang, mengurus dan menilai pelaksanaan program kompetensi pembelajaran dan pengajaran.
  • Memberi khidmat kepakaran, merancang, melaksana serta menilai program peningkatan keilmuan dan akademik.
  • Memberi khidmat kepakaran, merancang, mengurus dan melaksana latihan ICT serta menyelaras program dan kandungan pedagogi untuk pembelajaran dan pengajaran berasaskan ICT.
  • Merancang, mengurus, menyelaras, melaksana dan memantau hal-hal berkaitan pentadbiran perkhidmatan, perjawatan, kewangan dan pembangunan BPG dan cawangannya.

PIAGAM PELANGGAN

  • Pelan Operasi Latihan dapat disediakan dalam tempoh enam (6) bulan sebelum kursus dilaksanakan.
  • Penyediaan Khidmat kepakaran pembangunan profesionlisme keguruan dan Khidmat runding cara program peningkatan akademik dapat diberikan 100% kepada Pelanggan.
  • Kertas dasar/cadangan pembangunan profesionalisme keguruan disediakan dan mendapat kelulusan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum sesuatu program dilaksanakan.
  • Semua program latihan dalam perkhidmatan mematuhi 100% dasar latihan perguruan, standard kualiti program dan standard kualiti guru yang telah disediakan.
  • Kajian keberkesanan dan penilaian program BPG dapat dihasilkan 100% daripada setiap program yang dilaksanakan setiap tahunan.
  • Data dan maklumat latihan guru dapat dibekalkan kepada agensi dalam dan luar Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah mendapat kelulusan.
  • Tindakan diambil terhadap aduan Pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.

STRUKTUR ORGANISASI

  • Sektor Dasar Keguruan
  • Sektor Standard Keguruan
  • Sektor Bina Upaya Keguruan
  • Sektor Kompetensi Pembelajaran dan Pengajaran
  • Sektor Peningkatan Keilmuan
  • Sektor Latihan ICT
  • Sektor Khidmat Pengurusan dan Kewangan
  • BPG Cawangan Sabah
  • BPG Cawangan Sarawak
  • Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Sri Tualang, Pahang
  • Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Sungai Karangan, Kedah
  • Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Sungai Buloh, Perak
  • Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Bandar Tenggara, Johor

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)

Bahagian Pendidikan Guru (HQ),
Aras 2 - 6, Blok E13,
Kompleks E, 
62604 Putrajaya.

03-8884 1127 / 03-8884 1167 / 03-8884 1157 /
03-8884 1168 / 03-8884 1079 / 03-8884 1147 /
03-8884 1159 / 03-8884 1153
03-8884 1081/
03-8889 3507
 

Pusat Latihan Guru (PLGDP) Seri Tualang,
28000 Temerloh, Pahang.

09-2965000 / 09-2963134 /
09-2962167
09-2961644  
Pusat Latihan Guru (PLGDP) Bandar Tenggara,
Jalan Tun Ahmad 2, 
81440 Bandar Tenggara, Johor.
07-8965715 07-8965712  
Pusat Latihan Guru (PLGDP) Sungai Buloh,
Batu 9, 34600 Hutan Melintang, 
Perak.
05-6411389 05-6411607  
Pusat Latihan Guru (PLGDP) Sungai Karangan,
09410 Padang Serai, 
Kedah.
04-4858343 04-4858358  
Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sarawak,
D/A IPG Kampus Batu Lintang, 
Jalan Kolej, 93200 Kuching, Sarawak.
082-258045 082-252326  
Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sabah,
Peti Surat 21515,
88772 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah.
088-236804 088-218366  

 

  • Hits: 6723
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 September 2019, 10:34.