Bahagian Pengurusan Maklumat

KETUA JABATAN

kj pengurusan maklumat.jpg


Nama :

Puan Norizan binti Harun

 

LATAR BELAKANG

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah ditubuhkan sejak tahun 1967. Nama asalnya adalah Unit Komputer yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Fokus utama unit tersebut adalah bagi menyokong pemprosesan peperiksaan awam seperti LCE dan MCE.

Pada tahun 1970-an, kakitangan UPDE telah ditambah melalui kemasukan Juruanalisa Sistem dan Pengaturcara Program Komputer oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pertambahan ini adalah bagi menyokong proses-proses utama yang dijalankan seperti pengendalian kemasukan data, proses pemarkahan, percetakan sijil dan penganalisaan keputusan peperiksaan awam. Pada tahun 1986, Bahagian Perkhidmatan Komputer (BPK) yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar telah diwujudkan dan UPDE menjadi sebahagian daripada BPK.

Mulai tahun 1995, BPK telah diberi nama baru iaitu Bahagian Sistem Maklumat (BSM) dan perkhidmatan pengkomputeran juga diperluaskan ke bahagian-bahagian lain dibawah Kementerian seperti Bahagian Kewangan, Bahagian Buku Teks, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Tinggi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Bahagian Sekolah.

Seterusnya pada bulan September 2002, bahagian ini sekali lagi diberi nama baru iaitu Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi selaras dengan peluasan skop dan fungsi ICT untuk menyokong bisnes KPM.

Pada bulan Oktober 2008, pihak JPA telah mengarahkan supaya semua bahagian ICT sektor Awam ditukarkan nama kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Sehingga kini, peranan BPM telah berkembang sebagai penyelesai perkhidmatan ICT yang menyokong semua bahagian di KPM.

VISI

Menjadi Penyedia Penyelesaian ICT Bersepadu bagi Menyokong Pengurusan dan Pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia

MISI

Menyediakan Sistem Maklumat dan Kemudahan ICT yang Efektif bagi Menyokong Pengurusan dan Pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.

OBJEKTIF

FUNGSI

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

CARTA ORGANISASI

Carta_Organisasi_Bhg_Pengurusan_Maklumat_Ibupejabat.pdf

 

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E11, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604 Putrajaya
03-8884 3686 03-8889 5244  [emel]