Bahagian Perolehan

KETUA JABATAN

kj perolehan new


Nama :

En. Abdul Haris bin Haji Lakar
 

LATAR BELAKANG

Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) merupakan Bahagian yang ditubuhkan setelah penstrukturan semula Bahagian Pembangunan dan Perolehan (BPP) melalui Waran Perjawatan S138 Bil.8/38 Tahun 2007 bertarikh 19 Julai 2007 yang berkuatkuasa pada 16 Julai 2007. Melalui waran tersebut sebanyak 215 perjawatan hakiki telah diluluskan bagi pengisian di BPPA.BPPA diketuai oleh Setiausaha Bahagian Gred Utama C dengan dibantu oleh empat (4) Timbalan Setiausaha Bahagian Gred 54 bagi menguruskan empat (4) Cawangan iaitu:

Untitled

Selaras dengan penstrukturan semula Kementerian, BPPA diterajui oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pelajaran) Gred Jusa A di bawah Sektor Pembangunan Pelajaran.

VISI

Memperkasakan Program / Aktiviti Perolehan, Penyelenggaraan Dan Pengurusan Aset Yang Sistematik, Berkualiti, Cekap Dan Penuh Integriti Dalam Memenuhi Keperluan Pendidikan Negara

MISI

Mengurus Perolehan Bekalan Dan Perkhidmatan Serta Menyelenggara Prasana Dan Aset Ke Arah Mencapai Piawaian Kualiti Yang Tinggi

MOTO

Meneraju Perolehan Telus Menjamin Aset Terurus

OBJEKTIF

  • Merancang dan mengurus program/aktiviti perolehan bekalan dan perkhidmatan selaras dengan dasar-dasar.
  • Menyediakan bekalan dan perkhidmatan yang mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan institusi pendidikan.
  • Merancang dan mengurus program/aktiviti penyelenggaraan prasarana dan aset-aset kerajaan mengikut jangka masa dan piawaian yang ditetapkan dengan kos yang efektif.
  • Memantau dan menilai program/aktiviti perolehan bekalan , perkhidmatan, penyelenggaraan prasarana dan aset.

FUNGSI

  • Merancang dan menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan bagi keperluan pendidikan.
  • Merancang dan menguruskan penyelenggaraan prasarana dan aset tak alih KPM.
  • Memantau dan menyelaras program atau aktiviti pengurusan aset alih KPM.

PIAGAM PELANGGAN

  • Menguruskan tender dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh iklan sehingga Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan
  • Mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dalam tempoh tujuh (7) hari dari kelulusan Lembaga Perolehan.
  •  Menyediakan dokumen kontrak dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan.
  •  Memastikan respon kepada pertanyaan dan aduan pelanggan diberi maklumbalas dalam tempoh 10 hari dan laporan status dalam tempoh dua (2) bulan.
  •  Menyediakan kelulusan permohonan penyelenggaraan bangunan / infrastruktur yang diterima daripada JPN / Bahagian dalam tempoh satu (1) minggu.
  •  Melantik perunding dalam tempoh satu (1) bulan setelah skop kerja dimuktamadkan.
  •  Menguruskan permohonan pelantikan dalam tempoh dua (2) minggu bagi pelantikan seperti berikut:
              -Pegawai Aset
              -Pegawai Pemeriksa
              -Lembaga Pemeriksa Pelupusan
              -Jawatankuasa Penyiasat
              -Pegawai Pemverifikasi Stor
  •  Mengurus pembayaran bil-bil / tuntutan dalam tempoh 14 hari.

STRUKTUR ORGANISASI

HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Perolehan 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 5, Blok E2, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 Putrajaya
03-8884 6860 03-8884 6800 [emel]
  • Hits: 3295
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Ogos 2019, 17:49.