Bahagian Kewangan

KETUA JABATAN

kj kewangan.jpg


Nama :

YBrs. Encik Ramzi bin Mansor
 

LATAR BELAKANG

MISI

Mengurus kewangan KPM secara cekap, berkesan dan berhemah melalui perancangan, pelaksanaan, penguatkuasaan bersepadu dan meningkatkan tadbir urus yang berkualiti.

VISI

Mencapai tahap pengurusan kewangan yang cemerlang bertaraf dunia.

FUNGSI

  • Merancang keperluan kewangan KPM
  • Mengurus dan menyalur peruntukan kepada Program dan Aktiviti KPM
  • Mengawal dan menilai prestasi perbelanjaan KPM
  • Mengurus bantuan persekolahan dan institusi pendidikan
  • Menyediakan anggaran hasil dan menyelaras terimaan KPM
  • Melaksanakan dasar berhubung saraan dan wang awam KPM

OBJEKTIF

Objektif Umum: 

  •  Merancang, melaksana, mengawal dan menilai pengurusan kewangan KPM supaya diuruskan secara cekap, ekonomik dan berkesan.

Objektif Operasi:

  • Menentukan peruntukan kewangan yang disediakan, diurus dan dibelanjakan secara optimum.
  • Memastikan pelaksanaan pengurusan kewangan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan pengurusan kewangan secara cekap, ekonomik dan berkesan.
  • Memberi khidmat nasihat pengurusan kewangan

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti berorientasi pelanggan seperti berikut :

  • Mengagihkan Waran Pertama Peruntukan Belanja Mengurus kepada semua Bahagian/Jabatan dalam tempoh 10 hari selepas menerima Waran Am.
  • Mempertimbangkan permohonan pindah peruntukan (viremen) dan tambahan peruntukan di peringkat Pegawai Pengawal diproses dan diputuskan secara bertulis dalam tempoh 14 hari.
  • Memastikan permohonan kelulusan bertugas rasmi luar negara dipertimbangkan oleh Pegawai Pengawal dalam tempoh tidak melebihi 14 hari.
  • Memastikan penilaian program dilaksanakan lima tahun sekali ke atas program/aktiviti yang diluluskan.
  • Memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan dalam tempoh 3 hari.
  • Memproses dan meluluskan Permohonan Pakej dalam tempoh 14 hari.
  • Memproses dan meluluskan Pembiayaan/Pinjaman Kenderaan melalui Skim Pinjaman Kenderaan (melalui bank) dalam tempoh 30 hari.
  • Memproses dan meluluskan Pembiayaan Komputer dalam tempoh 10 hari.
  • Memproses dan memperaku Pendahuluan Diri Gaji dan Elaun dalam tempoh 7 hari.
  • Menyediakan maklum balas terhadap teguran audit dalam tempoh 30 hari.
  • Melaksanakan pembayaran bantuan persekolahan di bawah ABM mulai minggu ketiga bulan Januari .
  • Melaksanakan pembayaran biasiswa kepada murid (tertanggung) mulai minggu kedua bulan Februari.

STRUKTUR ORGANISASI

 carta org BKEW


HUBUNGI

Alamat Telefon Faks Emel (@moe.gov.my)
Bahagian Kewangan, 
Aras 6 & 7, Blok E12, 
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
03-8884 7700 03-8884 7679 [emel]
  • Hits: 2686
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 Ogos 2019, 17:49.