logo.rasmi.bm

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia Tindakan Menangani Jerebu Di Sekolah (29 September 2015)

LOGO KPM 2013 BM 01 xxs

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4.00 petang hari ini 29 September 2015 mendapati keadaan Jerebu di negeri Johor masih tidak banyak berubah berbanding hari semalam.

Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor perlu ditutup pada 30 September 2015 (Rabu). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Johor hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masingmasing akan penutupan ini dengan kadar segera. Sementara bagi negeri Melaka, semua sekolah hendaklah dibuka seperti biasa pada 30 September 2015 kerana keadaan jerebu di negeri ini telah bertambah baik.

Sekian dimaklumkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia
29 September 2015

  • Hits: 6011

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 18 Jun 2019, 16:49.