• Laman Utama
  • Media
  • Media Cetak
  • Kenyataan Media
  • Kenyataan Akhbar Untuk Melanjutkan Tarikh Persekolahan Murid-Murid Dan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah Ke Premis Sementara Sekolah Di Lot 1829, Jalan KPB3, Kawasan Perindustrian Balakong, 43300 Seri Kembangan.

Kenyataan Akhbar Untuk Melanjutkan Tarikh Persekolahan Murid-Murid Dan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah Ke Premis Sementara Sekolah Di Lot 1829, Jalan KPB3, Kawasan Perindustrian Balakong, 43300 Seri Kembangan.

4 LOGO KPM 2013 BM 01 xxs

Kenyataan Akhbar untuk melanjutkan tarikh persekolahan murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah ke premis sementara sekolah di Lot 1829, Jalan KPB3, Kawasan Perindustrian Balakong, 43300 Seri Kembangan.

Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan bahawa perpindahan murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Besi Indah ke premis sementara yang sepatutnya dijadualkan beroperasi pada esok, Selasa, 5 Mei 2015 dilanjutkan ke 11 hb Mei, 2015. Keputusan diambil untuk membolehkan kerja-kerja penyediaan prasarana sekolah dapat disempurnakan sepenuhnya demi menjaga kebajikan dan keselamatan guru-guru dan murid-murid.

Keputusan ini juga diambil setelah KPM mengadakan perbincangan bersama-sama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut. KPM sentiasa mengutamakan kesihatan murid serta keprihatinan ibubapa terhadap kebajikan anak-anak mereka dalam sebarang keputusan yang dibuat. KPM percaya keputusan yang dibuat ini akan memberikan ruang dan tempoh yang sesuai supaya kesemua 1,287 murid dan 78 guru dan kakitangan sekolah dapat memulakan persekolahan dalam keadaan yang lebih selesa dengan persekitaran fizikal yang kondusif supaya murid-murid dapat menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran. Ia juga dapat memastikan premis sementara itu bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal.

Kementerian Pendidikan Malaysia

4 Mei 2015

Bil Tajuk  
1 KENYATAAN MEDIA SK TAMAN SUNGAI BESI INDAH Muat Turun
  • Hits: 10420

Ikuti kami di media sosial rasmi:

© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 09 Disember 2021, 15:07.