Kursus Pra Perkhidmatan

Kursus pra perkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara program yang ditawarkan ialah:

i Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) : KPLI - SR , KPLI - j-QAF
SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia.
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
Umur tidak melebihi 35 tahun
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Calon KPLI j-QAF hendaklah memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Al-Quan atau dalam bidang yang berkaitan.
IKATAN PERJANJIAN

KPLI SR - 2 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan
KPLI j-QAF -
3 Tahun berkhidmat dengan Kerajaan

i Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) : PISMP, PPC, B-ed Tesl
SYARAT KELAYAKAN

Warganegara Malaysia.
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
Umur tidak melebihi 20 tahun
Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut :
Bahasa Melayu
Sejarah
Satu mata pelajaran yang lain serta;
Lulus Bahasa Inggeris
Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon
IKATAN PERJANJIAN

5 tahun berkhidmat dengan kerajaan

  • Hits: 1192
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.