logo.rasmi.bm

Maklumat Umum TVET

Apa itu TVET?

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVETadalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekananutama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompetendalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

Tujuan TVET diperkenalkan?

Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbangkepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan,kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. TVET dengan mengupayakan pendekatan yang diterajui industri adalah penting untuk menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri, terutama untuk menyokong peralihan sektor ekonomike arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju padatahun 2020.

 

Agensi dan intitusi yang terlibat dengan TVET?

Dua institusi TVET awam telah ditubuhkan pada tahun 1964 untuk menyediakan latihankemahiran kepada belia, iaitu Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Dusun Tua danInstitut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Kini lebih daripada 500 institusi TVET awam yang menawarkan pelbagai program TVET bagi semua peringkat pendidikan.

Kumpulan / Tumpuan sasaran TVET?

Secara umumnya, terdapat dua laluan untuk memasuki bidang TVET iaitu menerusi SijilPelajaran Malaysia (SPM) atau Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Lepasan SPM berpeluanguntuk melanjutkan pelajaran sama ada dalam bidang Sijil ataupun Diploma dalam programTVET yang berkemahiran tinggi. Selain itu, bagi pelajar yang kurang kecenderungan dalamakademik dan remaja di luar sistem pendidikan terdapat juga program khas Sijil dan SistemLatihan Dual Nasional (SLDN).

Kelayakan minimum bagi memasuki institusi TVET?

Kelayakan minimum bagi kemasukan ke institusi-institusi TVET adalah berdasarkan tawaranyang dikeluarkan kementerian/agensi yang melaksanakan program.

Apakah keistimewaan yang diperolehi apabila menyambung pelajaran dalam bidang TVET?

Lulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal denganlebih baik berbanding lulusan program akademik. Kelebihan ini berpotensi untuk membukalebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaankepada lulusan TVET.

  • Hits: 1575

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 19 Jun 2019, 20:50.