LAPORAN TOWN HALL PEMERKASAAN TVET ZON SELATAN

28 OKTOBER 2018
Seramai lebih 800 orang telah menghadiri sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Selatan pada 28 Oktober 2018 di Dewan Ibu Azizah, Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim. Rajah 1 menunjukkan majoriti sebanyak 58% hadirin yang hadir adalah terdiri daripada belia berumur 11 hingga 30 tahun. Manakala, Rajah 2 menunjukkan sebanyak 46% daripada hadirin memiliki tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda. Sebanyak 15% hadirin yang hadir terdiri daripada golongan pelajar (Rajah 3). Berdasarkan kepada dapatan tersebut, jelas bahawa sesi town hall pemerkasaan TVET ini telah mendapat perhatian dan sambutan daripada golongan belia zon selatan umumnya.

Jumlah Kehadiran

818

Peratus Umur Responden

Peratus Tahap Pendidikan Tertinggi Responden

Peratus Pekerjaan Responden

Hasil dapatan daripada kaji selidik Town Hall Pemerkasaan TVET di Zon Selatan menunjukkan bahawa isu-isu berkaitan TVET yang menjadi perhatian daripada responden adalah seperti berikut:
  • Gaji rendah (18.3%)
  • Peluang pekerjaan terhad (15.5%)
  • Perkembangan teknologi yang perlahan (16.9%)
  • Jurang kemahiran tenaga pengajar TVET (26.1%)
  • Pengiktirafan program TVET yang bermasalah (sijil/diploma) (51.4%)
  • Peruntukan kewangan dan yuran pengajian (35.2%)
  • Persepsi masyarakat terhadap TVET sebagai pilihan kedua (62.7%)

Peratus Isu TVET di Zon Selatan

Ucapan Aluan

YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Ahli Panel Jemputan

Moderator

Terrence Dass Abdullah

Pengacara RTM

Panel Jemputan

Ts. Dr. Mohamad Naim Bin Yaakub

Timbalan Ketua Pengarah (TKP)
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Beliau memiliki pengalaman lebih dari 30 tahun didalam organisasi luar dan dalam negara. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang pertama memegang jawatan Presiden Asia Pacific Accreditation and Certification Comission (APACC) dari tahun 2011 hingga 2015. Beliau juga adalah Mantan Ketua Pengarah Colombo Plan Staff College sebuah organisasi antarabangsa yang terdiri daripada 16 buah Negara. Selain itu juga, beliau merupakan Profesor Adjung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan sering berkongsi kepakaran serta ilmu di peringkat antarabangsa iaitu lebih daripada 21 negara termasuk German, Jepun, Korea dan lain-lain.

En. Zainuren Bin Hj. Mohd Nor

Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia. Berpengalaman lebih dari 31 tahun didalam bidang pendidikan. Beliau merupakan Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Menteri Pendidikan (ASEMME) tahun 2016 dan merupakan Ahli Lembaga Tadbir Urus Pertubuhan Menteri – Menteri Pendidikan Asia Tenggara bagi Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknikal (SEAMEO VOCTECH). Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Program Kerjasama Serantau untuk Meningkatkan Latihan Kakitangan TVET (RECOTVET) dan Ahli Jawatankuasa TVET Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Dr. Saat Shukri Embong

Pengarah National Strategic Initiatives, MIMOS Berhad
Bertugas sebagai Pengarah National Strategic Initiatives di MIMOS Berhad. Beliau berpengalaman luas di dalam kajian dan pembangunan bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan komunikasi. Beliau bertanggungjawab dalam pelaksanaan kerangka revolusi industri 4.0 (4IR) dan memastikan hala tuju MIMOS Berhad berfokus kearah revolusi industri 4.0. Beliau juga merupakan Profesor Adjung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Dr. Saat Shukri juga adalah Panel Penasihat Industri di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Dr. Nazry Bin Yahya

Pengarah di Syarikat JP Skills Centre Johor Port Berhad
Berkhidmat sebagai Pengarah di Syarikat JP Skills Centre Johor Port Berhad. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang latihan,pendidikan, pengurusan dan konsultansi berkaitan logistik, rantaian bekalan, pengurusan strategik serta pengangkutan didalam dan luar negara. Beliau merupakan Panel Penasihat Industri di Politeknik Metro Johor Bahru, Universiti Kuala Lumpur, Southern University College dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

En. Kamarul Hikmal B Mohd Yusof

Alumni Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka
Beliau merupakan alumni Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik Penjaga Jentera (A1). Berpengalaman lebih 15 tahun didalam bidang elektrik. Beliau menceburi bidang perniagaan pada usia 27 tahun dan kini memiliki syarikat kontraktor dan kilang pembuatan papan suis elektrik.

Pn Siti Norliza Mohd Sahar

Pengarah Bakat, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
Puan Siti Norliza Mohd Sahar merupakan Pengarah Bakat dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Beliau bertanggungjawab untuk memimpin inisiatif dalam membina dan mengekalkan saluran bakat bagi memacu agenda ekonomi digital seperti ICT, Kreatif, eCommerce dan Perkhidmatan Perniagaan Global. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman bekerja dalam modal insan, bermula dari Sumber Manusia hingga Pembangunan Bakat serta memacu inisiatif berkaitan siswazah. Sebelum menyertai MDEC, beliau adalah Ketua Penggajian Siswazah dengan TalentCorp. Pengalaman masa lalu beliau termasuk bekerja dengan Khazanah Nasional, PMCare Sdn Bhd dan Maxis

Aturcara

TOWN HALL JAWATANKUASA PEMERKASAAN TVET

Tema

MEMPERKASA TVET MEMBINA NEGARA
28 OKTOBER 2018 (AHAD)
DEWAN IBU AZIZAH, KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH,
JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA'ZIM

7:00 pagi

Ketibaan Tetamu dan VIP

8:00 pagi

Perbincangan diantara YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, KPM, Moderator, Panelis dan tetamu VIP – Holding room Rumah Pengarah KV (ERT)

8.30 pagi

Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku

8.40 pagi

Bacaan Doa oleh En. Mohd Firdaus bin Rosdin, KV (ERT) Azizah

8.50 pagi

Ucapan Perasmian oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

9.00 pagi

Persembahan Video Temu Ramah Ikon TVET Semua Kementerian

9.30 pagi

Sesi Town Hall

11.00 pagi

Sesi Soal Jawab

11.40 pagi

Penyampaian Cenderahati oleh YBhg. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin
Bergambar
Sesi Town Hall Tamat

12.00 tengahari

Sidang Media

12.10 tengahari

Lawatan pameran pelajar

HUBUNGI KAMI

Unit Dasar
Bahagian Koordinasi TVET
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 7, Galeria PjH
Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Pn. Mazillah Azleen Binti Mazlan

    03-8888 2201
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pn. Masimawati binti Abdul Latif

    03-8888 7677
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • En. Ilyas bin Mohd Nawi

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • En. Mohd Hashim bin Ashaari

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pn. Agalita Joseph

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)