LAPORAN TOWN HALL PEMERKASAAN TVET ZON SABAH

6 SEPTEMBER 2018
Seramai hampir 500 orang telah menghadiri sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Zabah pada 6 September 2018 di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Rajah 1 menunjukkan majoriti sebanyak 77.8% hadirin yang hadir adalah terdiri daripada belia berumur 18 hingga 29 tahun. Manakala, Rajah 2 menunjukkan sebanyak 58.4% daripada hadirin memiliki tahap pendidikan peringkat Diploma (termasuk Sijil Kemahiran). Sebanyak 76.2% hadirin yang hadir terdiri daripada golongan pelajar (Rajah 3). Berdasarkan kepada dapatan tersebut, jelas bahawa sesi town hall pemerkasaan TVET ini telah mendapat perhatian dan sambutan daripada golongan belia Sabah umumnya.

Jumlah Kehadiran

469

Peratus Umur Responden

Peratus Tahap Pendidikan Tertinggi Responden

Peratus Pekerjaan Responden

Hasil dapatan daripada kaji selidik Town Hall Pemerkasaan TVET di Zon Sabah menunjukkan bahawa isu-isu berkaitan TVET yang menjadi perhatian daripada responden adalah seperti berikut:
  • Peluang pekerjaan terhad (63.1%)
  • Gaji rendah (40.9%)
  • Persepsi masyarakat terhadap TVET (36.7%)
  • Perkembangan teknologi yang perlahan (34.3%)
  • Peruntukan kewangan dan yuran (32.8%)
  • Pengiktirafan program TVET (31.8%)
  • Jurang kemahiran tenaga pengajar TVET (30.3%)

Peratus Isu TVET di Sabah

Ucapan Aluan

YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Ahli Panel Jemputan

Moderator

Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar

Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

Panel Jemputan

Tan Sri Dato' Dr. Hj. Ahmad Zaidee Laidin

Bekas Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Teknologi MARA dan kemudian menjadi Rektor Institut Teknologi MARA. Dilantik Naib Canselor pertama UiTM pada 1999. Ahli Lembaga Rayuan Lembaga Jurutera dari tahun 2011 hingga sekarang setelah dilantik oleh Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Cik Janet Lee

Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA)
Berkhidmat sebagai Penolong Naib Presiden di Bahagian Development Planning, Coordination & Evaluation, Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA).

Encik Mohd Noh Bin Nawawi

Penolong Pengarah GIATMARA Negeri Sabah
Pernah bertugas sebagai Pengurus GIATMARA Kimanis, Sepanggar dan Gaya Sabah. Mengurus semua perihal pusat GIATMARA di seluruh negeri Sabah termasuk Latihan, Pelatih, Usahawan, Kurikulm, Ko-kurikulum, dan program khas.

Encik Thariq Ziad Adnan

Pengarah Perunding Eksekutif, PwC Consulting (M) Sdn Bhd
Mengurus banyak projek kompleks dalam pelbagai sektor, terutamanya sektor awam serta minyak dan gas. Sering mewakili PwC dalam forum dan perbincangan dengan pelajar dan pemimpin muda.

Encik Azri Bin Aziz

Presiden Persatuan Alumni IKBN Kinarut
Menubuhkan Persatuan Alumni IKBN Kinarut dan menjadi presiden pertama bagi Sesi 2018/2019. Usahawan Bumiputera berjaya melalui syarikat beliau, MAMA GROUP, A.S KEKAL TEGUH ENTERPRISE dan TITIK JUTA.

Aturcara

TOWN HALL JAWATANKUASA PEMERKASAAN TVET

Tema

MEMPERKASA TVET MEMBINA NEGARA
6 SEPTEMBER 2018 (KHAMIS), POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH

8:30 pagi

Ketibaan Dif-Dif Jemputan

8:45 pagi

Ketibaan Yb Nurul Izzah Anwar

9:00 pagi

Sesi Town Hall

11.00 pagi

Lawatan Sekitar Politeknik Kota Kinabalu

12.30 pagi

Rehat Dan Makan Tengahari

2.00 petang

Lawatan ke ILP Kota Kinabalu
Lawatan ke UMS
Lawatan ke GiatMARA Gaya
Lawatan ke KV Likas
Bersurai
Politeknik Kota Kinabalu

Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah

Sesi Town Hall Pemerkasaan TVET yang pertama telah diadakan pada 6 September 2018 di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah pada sebelah pagi. Sebelah petang pula diteruskan dengan lawatan YB Nurul Izzah ke institusi TVET sekitar Kota Kinabalu.
  • Ketibaan YB Nurul Izzah

    Politeknik Kota Kinabalu
    Ketibaan YB Nurul Izzah Anwar disambut oleh KP Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), YBhg Prof Dato’ Ts. Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz bersama-sama TKP (Perancangan) JPPKK, Dr. Mohamad Naim bin Yaakub dan Pengarah PKS, Puan Zainab binti Othman.
  • Sesi Taklimat

    Politeknik Kota Kinabalu
    Sesi taklimat bersama barisan panel jemputan Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah.
  • Sesi Taklimat

    Politeknik Kota Kinabalu
    Sesi taklimat bersama barisan panel jemputan Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah.
  • Sesi Forum

    Politeknik Kota Kinabalu
    YB Nurul Izzah Anwar bertindak sebagai moderator sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah
  • VVIP

    Politeknik Kota Kinabalu
    VVIP yang hadir terdiri daripada YB Nurul Izzah Anwar, YBhg Prof Dato’ Ts. Dr. Mohd Ismail bin Abd Aziz dan Tan Sri Dato' Dr. Hj. Ahmad Zaidee Laidin
  • Jemputan VVIP

    Politeknik Kota Kinabalu
    Antara jemputan VVIP yang hadir pada sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah
  • Sesi Ramah Mesra

    Politeknik Kota Kinabalu
    YB Nurul Izzah sempat beramah mesra bersama Team FIRA AIR yang telah memenangi pingat Emas di 23rd FIRA ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2018 di Taiwan.
  • Sesi Ramah Mesra

    Politeknik Kota Kinabalu
    YB Nurul Izzah sempat beramah mesra bersama Team FIRA AIR yang telah memenangi pingat Emas di 23rd FIRA ROBOWORLD CUP & CONGRESS 2018 di Taiwan.
  • Sesi Ramah Mesra

    Politeknik Kota Kinabalu
    Pelajar-pelajar Politeknik Kota Kinabalu berkesempatan berswafoto berkumpulan bersama YB Nurul Izzah Anwar.
  • Sekretariat Town Hall Pemerkasaan TVET Sabah

    Politeknik Kota Kinabalu
    YB Nurul Izzah Anwar bersama sekretariat Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah.
  • Sekretariat Town Hall Pemerkasaan TVET Sabah

    Politeknik Kota Kinabalu
    Sekretariat Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah bersama Presiden MBOT, Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin yang menjadi salah seorang Panel jemputan.
  • Sekretariat Town Hall Pemerkasaan TVET Sabah

    Politeknik Kota Kinabalu
    Sekretariat Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah bersama Presiden MBOT, Tan Sri Dato’ Academician (Dr.) Ts. Ahmad Zaidee bin Laidin yang menjadi salah seorang Panel jemputan.
  • Sekretariat Town Hall Pemerkasaan TVET Sabah

    Politeknik Kota Kinabalu
    Sekretariat Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah berganding bahu bersama AJK Politeknik Kota Kinabalu untuk memastikan perjalanan sesi tersebut berjalan lancar.
  • Sekretariat Town Hall Pemerkasaan TVET Sabah

    Politeknik Kota Kinabalu
    Sekretariat Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah berganding bahu bersama AJK Politeknik Kota Kinabalu untuk memastikan perjalanan sesi tersebut berjalan lancar.
  • Lawatan

    GiatMARA Gaya
    Kedatangan YB Nurul Izzah disambut oleh staf dan pelajar GiatMARA Gaya.
  • Lawatan

    GiatMARA Gaya
    YB Nurul Izzah Anwar memahat memori bersama pelajar dan staf GiatMARA Gaya usai membuat lawatan ke salah satu bengkel di institusi tersebut.
  • Lawatan

    GiatMARA Gaya
    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Pembangunan Latihan Keusahawanan & Kerjaya) GiatMARA, Encik Ahmad Hamdi bin Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada YB Nurul Izzah Anwar sebagai tanda penghargaan.
  • Lawatan

    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu
    Salah seorang pelajar Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu ditemuramah oleh YB Nurul Izzah Anwar.
  • Lawatan

    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu
    YB Nurul Izzah Anwar mendengar taklimat ringkas tentang aktiviti pelajar di bengkel daripada YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) semasa lawatan beliau ke bengkel pelajar.
  • Lawatan

    Kolej Vokasional Likas
    Kedatangan YB Nurul Izzah Anwar ke Kolej Vokasional Likas disambut dengan meriah.
  • Lawatan

    Kolej Vokasional Likas
    Bergambar bersama staf Kolej Vokasional Likas dan delegasi lawatan daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Town Hall

Town Hall Zon Sabah Memperkasa TVET Membina Negara

Posted by Ganz Adieganz on Wednesday, September 5, 2018
Town Hall

Part 2 Town Hall Zon Sabah Memperkasa TVET Membina Negara

Posted by Ganz Adieganz on Wednesday, September 5, 2018

Liputan Media

RTM TV1

Sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah mendapat liputan daripada RTM TV1

RTM TV1

Sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah mendapat liputan daripada RTM TV1

RTM TV1

Sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sabah mendapat liputan daripada RTM TV1

HUBUNGI KAMI

Unit Dasar
Bahagian Koordinasi TVET
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 7, Galeria PjH
Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Pn. Mazillah Azleen Binti Mazlan

    03-8888 2201
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pn. Masimawati binti Abdul Latif

    03-8888 7677
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • En. Ilyas bin Mohd Nawi

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • En. Mohd Hashim bin Ashaari

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pn. Agalita Joseph

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)