PENGENALAN JAWATANKUASA PEMERKASAAN TVET

Pada 21 Jun 2018, Yang Berhormat (YB) Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (JKPTVET) yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar.

Peranan dan fungsi jawatankuasa ini merentasi enam (6) kementerian berkaitan TVET iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk meneliti pelbagai aspek berkaitan pelaksanaan TVET. Aspek ini merangkumi perkara yang berkaitan akreditasi dan pentauliahan program, pertindihan penawaran program TVET oleh Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), artikulasi, jurang kemahiran tenaga pengajar TVET, peruntukan kewangan dan yuran pengajian, gaji graduan TVET serta persepsi masyarakat.

Jawatankuasa ini telah bergerak secara aktif dengan mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan berbagai pemegang taruh dan penyedia TVET dalam dan luar negara bagi mendapatkan input serta maklum balas berkaitan pelaksanaan TVET. Semua dapatan jawatankuasa ini akan menjadi input dalam menyediakan laporan komprehensif kepada Jemaah Menteri sebelum akhir Disember 2018.

TOWN HALL JAWATANKUASA PEMERKASAAN TVET (JKPTVET)

Sesi Town Hall JKPTVET yang bertemakan 'Memperkasa TVET Membina Negara' ini bertujuan untuk mendapatkan input dan maklumbalas daripada semua pemegang taruh meliputi pelajar, komuniti, industri dan penyedia TVET awam dan swasta berkaitan isu dan cabaran dalam pelaksanaan TVET di Malaysia. Sesi Town Hall ini dirancang untuk dilaksanakan dalam beberapa siri di seluruh negara mengikut zon bagi memudahkan semua yang terlibat dalam TVET memberi maklum balas dan cadangan secara terus kepada pihak JKPTVET.

OBJEKTIF TOWN HALL JKPTVET

Urusetia dan Sekretariat Jawatankuasa Pemerkasaan TVET
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dan
Kementerian Sumber Manusia (KSM)
2019

  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

    Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
    Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemerkasaan TVET yang dipengerusikan oleh YB Nurul Izzah Anwar pada 26 Jun 2018 di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

    Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
    Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Prof. Dato’ Dr. Mohd. Ismail bin Abd Aziz membuat pembentangan kepada YB Nurul Izzah Anwar.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

    Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
    YB Nurul Izzah Anwar turut mendengar pembentangan daripada Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV), Malaysian Technical University Network (MTUN) dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)

Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

26 Jun 2018
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)

Taklimat Malaysia Board of Technologists (MBOT) dan Protem Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

28 Ogos 2018
  • Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

    Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
    YB Nurul Izzah Anwar selaku pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET bergambar bersama ahli-ahli mesyuarat yang menghadiri Protem Jawatankuasa Pemerkasaan TVET.
  • Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

    Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
    Taklimat Malaysia Board of Technologists (MBOT) dan Protem Jawatankuasa Pemerkasaan TVET dipengerusikan oleh YB Nurul Izzah Anwar.
  • Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

    Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
    Kedatangan YB Nurul Izzah Anwar disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Prof. Dato’ Dr. Mohd. Ismail bin Abd Aziz dan Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, Dr. Shamsuri bin Abdullah.
  • Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

    Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
    Kedatangan YB Nurul Izzah Anwar diiringi oleh sekretariat Jawatankuasa Pemerkasaan TVET.
  • Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

    Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
    YB Nurul Izzah Anwar menerima taklimat ringkas daripada sekretariat Jawatankuasa Pemerkasaan TVET.

HUBUNGI KAMI

Unit Dasar
Bahagian Koordinasi TVET
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 7, Galeria PjH
Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Pn. Mazillah Azleen Binti Mazlan

    03-8888 2201
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pn. Masimawati binti Abdul Latif

    03-8888 7677
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • En. Ilyas bin Mohd Nawi

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • En. Mohd Hashim bin Ashaari

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pn. Agalita Joseph

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)