Pengenalan

Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

Peranan dan fungsi jawatankuasa ini merentasi enam (6) kementerian berkaitan TVET iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk meneliti pelbagai aspek berkaitan pelaksanaan TVET. Aspek ini merangkumi perkara yang berkaitan akreditasi dan pentauliahan program, pertindihan penawaran program TVET oleh Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), artikulasi, jurang kemahiran tenaga pengajar TVET, peruntukan kewangan dan yuran pengajian, gaji graduan TVET serta persepsi masyarakat.

Baca Seterusnya

Laporan dan Galeri

Jawatankuasa Pemerkasaan TVET

Zon Sabah

Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
Seramai hampir 500 orang telah menghadiri sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Zabah pada 6 September 2018 di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Majoriti sebanyak 77.8% hadirin yang hadir adalah terdiri daripada belia berumur 18 hingga 29 tahun. Manakala, sebanyak 58.4% daripada hadirin memiliki tahap pendidikan peringkat Diploma (termasuk Sijil Kemahiran). Sebanyak 76.2% hadirin yang hadir terdiri daripada golongan pelajar. Berdasarkan kepada dapatan tersebut, jelas bahawa sesi town hall pemerkasaan TVET ini telah mendapat perhatian dan sambutan daripada golongan belia Sabah umumnya.

Baca Seterusnya

Zon Sarawak

Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak
Seramai hampir 700 orang telah menghadiri sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Sarawak pada 15 Oktober 2018 di Institut Kemahiran MARA Kuching, Sarawak. Majoriti sebanyak 68% hadirin yang hadir adalah terdiri daripada belia berumur 11 hingga 30 tahun. Manakala, sebanyak 28% daripada hadirin memiliki tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda. Sebanyak 26% hadirin yang hadir terdiri daripada golongan pelajar. Berdasarkan kepada dapatan tersebut, jelas bahawa sesi town hall pemerkasaan TVET ini telah mendapat perhatian dan sambutan daripada golongan belia Sarawak umumnya.

Baca Seterusnya

Zon Selatan

Dewan Ibu Azizah, Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Seramai lebih 800 orang telah menghadiri sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Selatan pada 28 Oktober 2018 di Dewan Ibu Azizah, Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim. Rajah 1 menunjukkan majoriti sebanyak 58% hadirin yang hadir adalah terdiri daripada belia berumur 11 hingga 30 tahun. Manakala, Rajah 2 menunjukkan sebanyak 46% daripada hadirin memiliki tahap pendidikan Ijazah Sarjana Muda. Sebanyak 15% hadirin yang hadir terdiri daripada golongan pelajar (Rajah 3).

Baca Seterusnya

Zon Utara

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Seramai hampir 316 orang telah menghadiri sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Utara pada 18 April 2019 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Rajah 1 menunjukkan majoriti sebanyak 40.56% hadirin yang hadir adalah terdiri daripada hadirin berumur 41 hingga 50 tahun. Manakala, Rajah 2 menunjukkan majoriti sebanyak 40.56% daripada hadirin memiliki tahap pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Baca Seterusnya

Zon Timur

Pahang Skills Development Centre, Kuantan, Pahang

Seramai hampir 227 orang telah menghadiri sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Timur pada 25 April 2019 di Pahang Skills Development Centre, Kuantan, Pahang. Rajah 1 menunjukkan majoriti sebanyak 45.00% hadirin yang hadir adalah terdiri daripada hadirin berumur 51 hingga 60 tahun. Manakala, Rajah 2 menunjukkan majoriti sebanyak 50.00% daripada hadirin memiliki tahap pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Baca Seterusnya

Zon Tengah

Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang-Semeyih Bypass, Kajang, Selangor
Seramai hampir 246 orang telah menghadiri sesi Town Hall Pemerkasaan TVET Zon Tengah pada 30 April 2019 di Auditorium Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kajang-Semeyih Bypass, Kajang, Selangor. Rajah 1 menunjukkan majoriti sebanyak 37.14% hadirin yang hadir adalah terdiri daripada hadirin berumur 41 – 50 tahun. Manakala, Rajah 2 menunjukkan majoriti sebanyak 44.29% daripada hadirin memiliki tahap pendidikan peringkat Ijazah Sarjana.

Baca Seterusnya

HUBUNGI KAMI

Unit Dasar
Bahagian Koordinasi TVET
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 7, Galeria PjH
Jalan P4W, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Pn. Mazillah Azleen Binti Mazlan

    03-8888 2201
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pn. Masimawati binti Abdul Latif

    03-8888 7677
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • En. Ilyas bin Mohd Nawi

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • En. Mohd Hashim bin Ashaari

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pn. Agalita Joseph

    03-8888 3150
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hakcipta Terpelihara © 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)