eG-Tukar

  1. Apakah kriteria yang melayakkan guru untuk lulus bertukar ke negeri yang dimohon?
  • Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:
    1. Kepentingan perkhidmatan
    2. Kekosongan jawatan
    3. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  1. Apakah jenis guru yang boleh memohon pertukaran melalui modul EG-Tukar?
  • Permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.
  • Manakala pemohon yang menjawat jawatan seperti berikut hendaklah;
    • Pentadbir secara hakiki dan Guru Cemerlang – Mengisi borang permohonan secara manual dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkaitan.
  1. Mengapakah saya gagal dalam permohonan pertukaran?
  • Guru gagal dalam memohon pertukaran adalah kerana tidak memenuhi tiga kriteria berikut: a. Kepentingan perkhidmatan
    1. Kekosongan jawatan
    2. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon
  1. Bilakah keputusan permohonan pertukaran akan diumumkan?
  • Tarikh keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklumkan di Modul e- GTukar secara dalam talian.
  1. Berapa lamakah tempoh perkhidmatan yang melayakkan seseorang guru itu lulus bertukar?
  • Kelulusan tidak tertakluk kepada tempoh berkhidmat secara mutlak. Ia bergantung kepada kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen di negeri khidmat semasa dan negeri yang dimohon.
  • Hits: 2040
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 21 Ogos 2019, 14:25.