logo.rasmi.bm

Permohonan/Kelayakan Permohonan Institut Pendidikan Guru

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke Institut Pendidikan Guru (IPG)?

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  • Pemohonan dinasihatkan melayari laman sesawang: http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
  • Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat   pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.        
  • Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.  

2. Apakah syarat-syarat permohonan ke Institut Pendidikan Guru (IPG)?

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum

Syarat Asas Akademik

  • Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
  • Bahasa Melayu; dan
  • Sejarah
  • Mestilah lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).

 Calon tidak layak memohon

  • Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan kesalahan penyalagunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
  • Hits: 2607

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 19 Jun 2019, 20:50.