logo.rasmi.bm

Penguatkuasaan dan Kutipan Balik

PINJAMAN PELAJARAN 

1. Saya ingin membuat bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM, bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik? 

Berikut merupakan kaedah / saluran bayaran balik pinjaman: 

 Program Sijil / Diploma

Program Ijazah Pertama

a.      Tunai di Kaunter (Bahagian Biasiswa & Pembiayaan, Cyberjaya / Pejabat Pos Malaysia);

b.      Bayaran secara cashless di Kaunter PTPTN (kad debit / kad kredit sahaja);

c.      Mesin ATM / CDM Bank Islam;

d.      Dokumen Bayaran (Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf / Cek);

e.      Arahan Potongan Gaji (APG);

f.       Bayaran secara atas talian (Bank Islam, Pos Online, CIMB, FPX); atau

g.      Pengeluaran KWSP (peringkat Diploma dan ke atas sahaja).

 

a.      Tunai di Kaunter (Bahagian Biasiswa & Pembiayaan, Cyberjaya);

b.      Mesin ATM / CDM Bank Islam;

c.      Dokumen Bayaran (Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf / Cek);

d.      Arahan Potongan Gaji (APG);

e.      Bayaran secara atas talian (Bank Islam, Affin Bank); atau

f.       Pengeluaran KWSP (peringkat Diploma dan ke atas sahaja).

 

2. Saya tidak berkemampuan untuk membayar balik Pinjaman Pelajaran KPM mengikut kadar ansuran bulanan yang telah ditetapkan. Adakah saya layak untuk memohon pengurangan dan bagaimanakah caranya? 

Program Sijil / Diploma

Pengurangan ansuran hanya layak untuk dipertimbangkan kepada peminjam yang masih belum bekerja atau penerima Bantuan Kerajaan. Pemohon wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

a.         Permohonan secara bertulis (Surat / e-mel Rayuan);

b.         Melengkapkan Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam (muat turun borang) yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu; dan

c.         Salinan slip gaji (telah disahkan oleh majikan jika bekerja); atau

d.         Dokumen berkaitan penerimaan Bantuan Kerajaan (Zakat, Bantuan Sara Hidup, dll). 

Program Ijazah Pertama

Pengurangan ansuran bayaran balik pinjaman akan dipertimbangkan berdasarkan semakan terhadap komitmen kewangan dan pendapatan bulanan peminjam. Peminjam wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

a.         Permohonan secara bertulis  menerusi surat / e-mel Rayuan; dan

b.         Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan jika bekerja; atau

c.         Melengkapkan Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu jika tidak bekerja. 

3. Saya telah selesai membuat bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM, bagaimanakah cara untuk mendapatkan surat selesai bayar? 

Program Sijil / Diploma

Peminjam boleh membuat permohonan secara walk-in ke Bahagian Biasiswa & Pembiayaan di Aras 2, Presint 5, Putrajaya. Permohonan juga boleh dilakukan melalui e-mel Cawangan Penguatkuasaan (Sektor Pendidikan Tinggi) iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

a.         Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);

b.         Nombor Kad Pengenalan;

c.         Nombor Telefon Bimbit;

d.         Alamat Terkini Surat-Menyurat; dan

e.         Maklumat Penjamin (sekiranya ada).

 Program Ijazah Pertama

Peminjam boleh membuat permohonan melalui e-mel Cawangan Penguatkuasaan (Sektor Pendidikan) iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

a.        Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);

b.        Nombor Kad Pengenalan;

c.         Nombor Telefon Bimbit;

d.        Alamat Terkini Surat-Menyurat; dan

e.        Maklumat Penjamin (sekiranya ada). 

4. Saya telah selesai membuat bayaran balik pinjaman dan mendapati terdapat lebihan bayaran dalam semakan penyata. Bagaimanakah saya hendak menuntut kembali lebihan bayaran tersebut? 

Tuntutan lebihan bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM boleh dilakukan dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

 

Program Sijil / Diploma

Program Ijazah Pertama

a.      Melengkapkan Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman (muat turun borang);

b.      Salinan penyata maklumat akaun bank; dan

c.      Salinan slip gaji bagi bulan terakhir dengan potongan dan bulan berikutnya tanpa potongan (bagi pemohon yang membuat bayaran melalui potongan gaji).

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2, 
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya

(u.p.: Cawangan Penguatkuasaan Sektor Pendidikan Tinggi)

a.      Melengkapkan Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Pinjaman (Mohon hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan di talian 03 – 8321 7111);

b.      Salinan kad pengenalan;

c.      Salinan penyata maklumat akaun bank; dan

d.      Salinan slip gaji bagi bulan terakhir dengan potongan dan bulan berikutnya tanpa potongan (bagi pemohon yang membuat bayaran melalui potongan gaji).

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251 
Jalan Usahawan 1, Cyberjaya
63000, Selangor

(u.p.: Cawangan Penguatkuasaan Sektor Pendidikan)

e-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

5. Saya ingin membuat penyelesaian baki pinjaman saya secara bayaran penuh (full settlement). Bagaimana sekiranya saya berhasrat mendapatkan penyata baki pinjaman saya?

Program Sijil / Diploma

Permohonan boleh dibuat melalui e-mel Cawangan Penguatkuasaan (Sektor Pendidikan Tinggi) iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

a.            Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);

b.            Nombor Kad Pengenalan;

c.            Nombor Telefon Bimbit; dan

d.            Alamat Terkini Surat-Menyurat. 

Program Ijazah Pertama

Permohonan boleh dibuat melalui e-mel Cawangan Penguatkuasaan (Sektor Pendidikan) iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui talian 03–8321 7098/03–8321 7111 dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

a.            Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);

b.            Nombor Kad Pengenalan;

c.            Nombor Telefon Bimbit; dan

d.            Alamat Terkini Surat-Menyurat. 

6. Siapakah yang layak untuk memohon penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM dan bagaimanakah caranya?

  1. Penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran KPM hanya layak dipertimbangkan kepada peminjam di peringkat sijil/diploma yang menyambung pengajian ke peringkat yang setara (SIJIL) atau lebih tinggi secara sepenuh masa. Pemohon wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
  2. Melengkapkan Borang Permohonan Penangguhan Bayaran Balik (muat turun borang);
  3. Surat Pengesahan Pengajian daripada Institusi Pengajian Tinggi (muat turun format surat); dan
  4. Salinan slip/resit bayaran ansuran pertama sekurang-kurangnya RM125.00

 7. Siapakah yang layak untuk memohon pengurangan bayaran balik Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan bagaimanakah caranya?

PBU hanya diberikan kepada peminjam bagi program Ijazah Pertama/Pegawai Pekhidmatan Pendidikan (PPP) sahaja. Peminjam yang layak harus memenuhi syarat-syarat pengurangan bayaran balik PBU iaitu:

  1. Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.75 dan ke atas;
  2. Menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan (tanpa pelanjutan);
  3. Bergraduat dalam bidang seperti yang ditawarkan;
  4. Menerima pinjaman sekurang-kurangnya enam (6) semester;
  5. Tiada tindakan tatatertib dikenakan sama ada oleh pihak universiti atau KPM; dan
  6. Mengemukakan permohonan PBU dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh Notis Bayaran Penuh (NBP)

Peminjam yang ingin memohon PBU wajib mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Borang A/PP: Borang Pengemaskinian Maklumat (Mohon hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan di talian 03 – 8321 7100);
  2. Salinan surat tawaran pinjaman KPM;
  3. Salinan ijazah; dan
  4. Salinan transkrip penuh (Lengkap dengan muka surat 1 dan 2).

Nota: Semua salinan dokumen disahkan oleh Pegawai Gred 41 dan ke atas.

8. Saya menerima surat pemakluman Arahan Potongan Gaji Mandatori daripada KPM. Mengapa saya menerima surat ini dan bagaimanakah potongan ini akan dijalankan?

  1. Surat makluman ini dikeluarkan kepada peminjam yang dikenal pasti belum melakukan sebarang bayaran balik pinjaman kepada KPM walaupun telah dinyatakan dalam Perjanjian Pinjaman.
  2. Arahan potongan gaji ini dilaksanakan melalui kerjasama KPM dengan pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Potongan akan dilakukan secara terus melalui JANM. Unit Gaji Sekolah/Majikan peminjam tidak terlibat dengan potongan ini. Potongan akan dijalankan secara berperingkat bermula bulan Julai 2019.

9. Bagaimana sekiranya saya berhasrat membuat bayaran penuh sebelum Arahan Potongan Gaji Mandatori ini mula dilaksanakan atau ketika potongan gaji telah/sedang dilaksanakan?

Peminjam digalakkan membuat bayaran penuh (full settlement) melalui mana-mana kaedah bayaran balik yang disediakan oleh KPM. Peminjam diwajibkan untuk memaklumkan dan menghantar salinan bukti bayaran dengan kadar segera kepada KPM. Semakan maklumat peminjam akan dihantar kepada JANM bagi peminjam yang telah selesai membuat bayaran balik pinjaman.  

BIASISWA

1. Saya telah menerima Notis Tuntutan Ganti Rugi Mungkir Perjanjian Biasiswa/ Cuti Belajar KPM. Adakah saya boleh memohon untuk mendapatkan pengurangan jumlah bayaran?

Permohonan pengurangan jumlah bayaran tidak dapat dipertimbangkan kerana telah melanggar syarat-syarat perjanjian. Namun begitu, KPM tiada halangan dan bersetuju menimbangkan bayaran tuntutan ganti rugi mungkir perjanjian cuti belajar dibuat secara ansuran.

2. Bagaimanakah cara jika saya ingin membuat semakan ikatan kontrak ke atas Perjanjian Biasiswa/Cuti Belajar KPM?

Pemegang kontrak perlu mengemukakan maklumat seperti berikut:

  1. Nama Penuh (seperti yang tertera di kad pengenalan);
  2. Nombor Kad Pengenalan;
  3. Nombor Telefon Bimbit;
  4. Alamat Terkini Surat-Menyurat; dan
  5. Kenyataan Buku Perkhidmatan

Maklumat tersebut boleh dikemukakan kepada:

  1. Cawangan Penguatkuasaan (Sektor Pendidikan) melalui e-mel iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui talian 03–8321 7094/03–8321 7092 bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP); ATAU
  2. Cawangan Penguatkuasaan (Sektor Pendidikan Tinggi) melalui e-mel iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui talian 03–8888 6787 bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi (PPPT).

3. Saya merupakan pelajar pra perkhidmatan/Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima biasiswa/cuti belajar KPM. Apakah kesan sekiranya saya ingin berkhidmat sebagai Pensyarah di IPTA/IPTS selepas tamat belajar atau dalam tempoh ikatan kontrak?

Pemegang kontrak hendaklah berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sepertimana yang ditetapkan oleh KPM sebagai penaja. Pemegang kontrak telah dianggap melanggar terma perjanjian dan akan dikenakan tindakan ganti rugi berdasarkan kos perjanjian. 

4. Saya berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi (PPPT) dan menerima biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP PPPT).  Apakah tindakan penguatkuasaan yang akan dikenakan sekiranya saya telah menamatkan pengajian dengan jaya dan berhasrat untuk bekerja sebagai Pensyarah Universiti di IPTA?

Pemegang kontrak dianggap telah melanggar perjanjian kontrak Biasiswa seterusnya dikenakan tuntutan ganti rugi sama ada dibayar oleh pemecah kontrak; ATAU dibayar oleh Majikan baharu; DAN catatan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.

5. Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya saya enggan membayar tuntutan ganti rugi yang dikenakan ke atas saya?

Notis peringatan dan amaran akan dikeluarkan kepada pemecah kontrak dan penjamin-penjamin. Sekiranya masih tiada bayaran atau maklum balas diterima, tindakan undang-undang dan kebankrapan akan dikenakan ke atas pemecah kontrak dan penjamin-penjamin.

6. Sekiranya saya menyelesaikan tuntutan ganti rugi secara bayaran penuh (full settlement), adakah saya layak untuk menerima sebarang pengurangan jumlah tuntutan (rebat)?

Tiada pengurangan jumlah tuntutan akan diberi jika pemecah kontrak membuat bayaran penuh kerana jumlah tuntutan adalah berdasarkan kos perjanjian yang telah ditandatangani antara KPM dan pemecah kontrak.

  • Hits: 180

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 24 Jun 2019, 16:41.