logo.rasmi.bm

Penajaan KPT

1. Apakah jenis-jenis penajaan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi?

  1. Pensyarah IPT
    • Skim Latihan Akademik Bumiputra (SLAB) / Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) Sub Kepakaran / Post Doktoral
    • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
    • HLP Separa Biasiswa (SB) bagi PPPT
  2. Kakitangan Bukan Akademik IPT
    • HLP bagi Kakitangan Bukan Akademik IPTA
  3. Pelajar IPT
    • Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)
    • Biasiswa Sukan
    • Bantuan Kewangan Asasi
    • Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
    • Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)
    • Modular – Kolej Komuniti (KK)
  4. Orang Kelainan Upaya (OKU)
    • Program Pendidikan Khas (PPK)
    • Bantuan Kewangan OKU
  5. Pelajar Antarabangsa
    • Malaysian International Scholarship (MIS)
    • Malaysian Technical and Cooperation Programme (MCTP)
    • Commonwealth Scholarship and Fellowship Plan (CSFP)
  6. Orang Awam dan Sektor Swasta
    • MyPhD
    • MyMaster
    • MyBrainSc

2. Dimana saya boleh mendapatkan maklumat program penajaan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)?

Semua maklumat program penajaan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.moe.gov.my/penajaan

3. Apakah perbezaan antara Biasiswa dan Pinjaman?

  1. Biasiswa
    • Pelajar yang menerima penajaan dalam bentuk biasiswa dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan untuk suatu tempoh yang dipersetujui.
    • Mereka boleh dilepaskan dari ikatan kontrak sekiranya kerajaan tidak dapat menyediakan kerja dalam tempoh 12 bulan selepas pelajar melaporkan diri di KPT atau mereka membayar ganti rugi kepada kerajaan mengikut jumlah yang ditetapkan dalam perjanjian.
  2. Pinjaman
    • Kemudahan pinjaman pelajaran disediakan bagi pengajian di kolej komuniti sahaja.
    • Pelajar yang menerima pinjaman dikehendaki membayar balik jumlah pinjaman secara ansuran selepas 6 bulan menamatkan pengajian.

4. Apakah kemudahan pinjaman pelajaran yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi?

Program pinjaman pelajaran di KPT adalah Tabung Pinjaman Pelajaran yang hanya diberikan kepada pelajar peringkat sijil di kolej komuniti di mana ia tertakluk kepada syarat permohonan.

5. Adakah pinjaman yang diberikan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah?

Pinjaman yang diberikan adalah bukan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah. Peminjam dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang diterima tanpa sebarang pengurangan.

6. Bagaimanakah kaedah permohonan biasiswa atau pinjaman?

Kaedah permohonan adalah berbeza bagi setiap program. Sila rujuk maklumat program untuk makluman terperinci.

7. Borang-borang berkaitan penajaan saya?

Borang-borang berkaitan penajaan boleh di muat turun di pautan berikut: http://www.moe.gov.my/muat-turun

8. Saya telah menerima tawaran biasiswa dibawah KPT, tetapi pada masa yang sama telah mendapat penajaan lain, apakah yang perlu saya buat?

Jika pegawai memilih untuk menerima tawaran biasiswa KPT, pegawai perlu menolak tawaran dan kemudahan.

9. Saya merupakan pelajar tajaan KPT dan telah berpindah rumah, bagaimanakah prosedur untuk pertukaran alamat surat-menyurat?

Bagi sebarang pengemaskinian data peribadi, pegawai perlu memaklumkan ke Bahagian Biasiswa, KPT dengan kadar yang segera samada melalui emel ataupun kiriman pos.

10. Bagaimana untuk membuat tuntutan yuran pengajian bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini?

Pegawai perlu mengemukakan surat tuntutan dan resit rasmi dari pihak universiti ke Bahagian Biasiswa, KPT untuk tuntutan semula.

11. Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada saya Berjaya mendapat tawaran biasiswa KPT? Adakah KPT akan memaklumkan melalui surat atau emel?

Keputusan penawaran biasiswa akan diumumkan secara atas talian di laman sesawang Kementerian.
  • Hits: 16595

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 24 Jun 2019, 16:41.