Bayaran Balik TPP

PEMBAYARAN DI KAUNTER PEJABAT POS

1. Apakah maklumat yang perlu disertakan setiap kali bayaran dibuat?

  • Nama penuh peminjam
  • No kad pengenalan (mengikut dalam perjanjian)
  • No telefon untuk dihubungi

2. Kepada siapakah bayaran perlu dibuat?

Bayaran secara tunai di kaunter pos hendaklah dibuat atas nama KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI.

3. Adakah resit akan dikeluarkan oleh KPT setiap kali bayaran dibuat?

Pembayaran yang dibuat di Kaunter Bahagian Biasiswa, KPT Presint 5 Putrajaya/ Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf dan Cek sahaja yang akan dikeluarkan resit sebagai bukti pembayaran.

Manakala bagi pembayaran yang dibuat melalui perbankan Internet/ Kaunter PTPTN/ Pejabat Pos memadai dengan slip urus niaga sebagai bukti pembayaran.

4. Bentuk bayaran yang mana perlu diposkan ke KPT?

Bayaran melalui Cek/ Bank Draft/ Kiriman Wang/ Wang Pos hendaklah berpalang dan dibayar atas nama KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA dan sila poskan ke alamat seperti berikut:-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
(u.p.: Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hotline : 03-88886787
No faks : 03-88706839

5. Adakah wang tunai boleh diposkan untuk bayaran?

Tidak dibenarkan.

6. Bagaimanakah caranya untuk menyemak baki penyata pinjaman?

Semakan penyata pinjaman atau lejer pinjaman boleh disemak melalui capaian:- https://biasiswa.moe.gov.my/ledger

KAEDAH POTONGAN GAJI

1. Saya telah bekerja dan ingin memulakan pembayaran balik pinjaman melalui arahan potongan gaji. Bagaimanakah caranya?

Peminjam perlu melengkapkan borang permohonan berikut :
  • Peminjam perlu mengemukakan salinan borang permohonan yang telah dilengkapkan kepada KPT untuk tujuan pengeluaran surat arahan rasmi kepada majikan.
  • Kod potongan gaji KPT yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ialah 4319
  • Bayaran dibuat atas nama KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
  • Kadar potongan gaji minimum RM 125.00 sebulan.

2. Saya membuat bayaran balik pinjaman melalui arahan potongan gaji dan akan selesai membayar pada JUN 2014. Bolehkah saya menjelaskan pinjaman lebih awal dan mendapatkan surat selesai bayar beserta surat pemberhentian arahan potongan gaji?

Boleh. Walau bagaimanapun, baki bayaran yang hendak dijelaskan mestilah berpandukan baki terkini lejer. Bagi tujuan pemberhentian arahan potongan gaji, peminjam perlu mengemukakan alamat surat menyurat dan e-mel pegawai unit gaji/kewangan majikan peminjam bagi memudahkan pihak KPT mengemelkan surat pemberhentian pemotongan gaji peminjam kepada pihak majikan.

Sebarang lebihan bayaran akan dikembalikan setelah bayaran penyelarasan dibuat atau setelah Kementerian Pendidikan Tinggi menerima keseluruhan bayaran daripada majikan (jika ada).

3. Saya membayar balik pinjaman TPP secara arahan potongan gaji (APG), dan telah selesai bayar membuat bayaran balik pinjaman secara tunai di Kaunter Bahagian Biasiswa, KPT Presint 5, Putrajaya. Bolehkah saya mendapat surat selesai bayar dan surat pemberhentian arahan potongan gaji pada hari yang sama?

Boleh. Surat selesai bayar dan surat pemberhentian APG akan dikeluarkan pada hari yang sama bayaran dijelaskan. Peminjam dipohon untuk membawa bersama 2 bulan penyata gaji terkini dan berurusan dengan pegawai di Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik, Bahagian Biasiswa yang terletak di Aras 2, Kementerian Pendidikan Tinggi, Presint 5, Putrajaya.

4. Kenapa di dalam slip gaji saya masih ada lagi potongan bayaran pinjaman Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) sedangkan saya sudah selesai membuat bayaran sepenuhnya pada bulan lepas?

Bagi tujuan pemberhentian arahan potongan gaji, peminjam perlu mengemukakan alamat surat menyurat dan e-mel pegawai unit gaji/kewangan majikan peminjam bagi memudahkan pihak KPT mengemelkan surat pemberhentian pemotongan gaji peminjam kepada pihak majikan.

Sebarang lebihan bayaran akan dikembalikan setelah bayaran penyelarasan dibuat atau setelah Kementerian Pendidikan Tinggi menerima keseluruhan bayaran daripada majikan (jika ada).
  • Hits: 13280
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 17 Ogos 2019, 00:24.