logo.rasmi.bm

Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA)

Integrated Cumulative Grade Point Average (iCGPA) atau Pentaksiran Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu adalah satu sistem penggredan bersepadu untuk menilai dan melaporkan prestasi akademik pelajar serta kemahiran profesional yang diperoleh sepanjang pengajian mereka di universiti. iCGPA menggunakan pendekatan holistik dengan menilai prestasi pelajar bagi lapan domain hasil pembelajaran seperti pengetahuan; kemahiran psikomotor; kemahiran dan tanggungjawab sosial; nilai, sikap dan profesionalisme; kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan; kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik; kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan kemahiran mengurus dan keusahawanan. 

iCGPA membolehkan pelajar untuk mengenal pasti kekuatan dan memperbaiki kelemahan mereka, membolehkan universiti untuk memberikan maklumbalas dan penambahbaikan peluang, serta majikan untuk lebih memahami keperluan bakal pekerja pada masa hadapan.

iCGPA merupakan inisiatif di bawah Lonjakan 1 (Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).  

Maklumat lanjut berkaitan iCGPA, layari pautan berikut: http://icgpa.mohe.gov.my

1) Manual for iCGPA

http://www.ppsk.usm.my:86/PPSK/akreditasi.nsf/UiTM_Manual_For_iCGPA.pdf 

2) Rubrik PNGK Bersepadu iCGPA

 https://www.mohe.gov.my/muat-turun/awam/penerbitan/icgpa 

3) Integrated CummulativeGrade Point Average (iCGPA): Concepts and Implementation

http://www.myqan.org/images/docs/SieQA/2016/iCGPA_Concepts_Implementation.pdf 


iCGPA dalam Berita:


1) 17 July 2017: iCGPA International Conference 2017 http://www.ukm.my/pjk/en/conference/icgpa/ 

2) 11 August 2015: iCGPA ready to roll out http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/08/11/icgpa-ready-to-roll-out-grading-system-six-years-in-the-making-says-minister/

Redesigning Higher Education, Initiatif Utama

  • Hits: 460

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 24 Jun 2019, 16:41.