logo.rasmi.bm

Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN)

Inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggalakkan program inovasi yang berasaskan permintaan dalam memacu peningkatan produktiviti serta mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia

MISI

Mewujudkan knowledge-friendly ecosystem

Persekitaran di mana pengetahuan dihasilkan dan disebarkan daripada mereka yang mempunyainya (iaitu Institusi Pendidikan Tinggi -IPT & Institusi Penyelidikan Awam - RI) kepada mereka yang memerlukan pengetahuan tersebut (iaitu industri/perusahaan)

OBJEKTIF

  1. Menggalakkan penyertaan ahli akademik dan bukan akademik untuk melaksanakan penyelidikan berasaskan permintaan (demand driven);
  2. Meningkatkan produktivi industri melalui inovasi atau teknologi yang bersesuaian; dan
  3. Memperkasa hubungan jaringan awam swasta melalui penyelidikan inovasi daripada IPT dan RI kepada industri.

SKOP PROJEK

Inovasi Produk

Menambahbaik atau menambah nilai produk sedia ada industri/perusahaan untuk keperluan pasaran.

Inovasi Proses/Perkhidmatan

Menambahbaik proses pengeluaran produk, komponen sumber, gudang, logistik, kaedah penghantaran atau perkhidmatan; menyelaraskan pengeluaran untuk menjadikannya lebih cekap dan efisen.

SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN PROJEK

  1. Terbuka kepada kategori berikut;
  1. Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 atau Pihak Berkuasa Tempatan dengan nilai jualan tahunan melebihi RM50,000;
  1. Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dengan nilai jualan tahunan RM200,000 – RM1,000,000;
  1. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%) bagi perniagaan bertaraf Syarikat Multi Nasional.
  2. Syarikat hendaklah mempunyai masalah teknologi/teknikal dalam pengeluaran produk, proses dan perkhidmatan. Permasalahan yang berkaitan dengan pengurusan, pemasaran atau pembelian off-the-shelf tidak akan dipertimbangkan
  3. Produk yang memerlukan penambahbaikan sudah dipasarkan
  4. Keutamaan diberi kepada projek yang boleh disiapkan dalam tempoh enam (6) bulan, namun tempoh pelaksanaan projek tidak lebih daripada 12 bulan masih boleh dipertimbangkan jika ia mempunyai nilai sosial dan perniagaan yang signifikan.
  5. Kementerian Pendidikan / PPRN dan Industri akan bersama membiayai pelaksanan projek

MANFAAT PPRN

  1. Mewujudkan knowledge-friendly ecosystem melalui penyelidikan gunaan.
  2. Meningkatkan produktiviti dan pengetahuan teknologi industri untuk bergerak atas rantaian nilai.
  3. Penyelidikan yang sentiasa relevan.
  4. Projek inovasi yang berkesan dan kos efektif.

MAKLUMAT LANJUT

  1. Portal PPRN : pprn.moe.gov.my
  2. Muat turun Garis Panduan PPRN
  3. Sekretariat PPRN di Kementerian Pendidikan Malaysia;
  • Tel : 03-8870 6875 / 5101 / 5095 / 5110
  • Faks : 03-8870 6900
  • Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Hits: 654

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 17 Jun 2019, 00:32.