logo.rasmi.bm

Gap Year

Gap Year adalah inisiatif baru yang akan diperkenalkan di IPT Malaysia bermula September 2017. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menangguhkan pengajian untuk tempoh setahun atau dua (2) semester bagi mengikuti aktiviti kesukarelawan. Gap Year terbuka kepada semua pelajar dan mereka diberi kebebasan memilih. Walau bagaimanapun, pelajar digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Gap Year selepas menamatkan sesi akademik tahun pertama. Melalui program ini, pelajar juga dapat meningkatkan kekendirian dalam kehidupan, kerjaya dan peranan mereka dalam masyarakat. Pada masa yang sama, program Gap Year ini boleh memupuk dan menanam sikap bertanggungjawab, patriotisme, perpaduan dan penyayang di kalangan pelajar di samping dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan. 

Terdapat tiga jenis program Gap Year: Gap Year National Service Volunteerism, Gap Year Volunteerism dan Gap Year (am).

  1. Gap Year National Service Volunteerism membolehkan pelajar untuk menyertai ATM, PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia selama satu tahun.
  2. Gap Year Volunteerism menyediakan peluang kepada pelajar untuk bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Islamic Relief Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Agensi Pengurusan Bencana Negara.
  3. Gap Year (am) memberikan pilihan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam bidang yang disukai seperti sukan, melancong, bekerja dan lain-lain. Program Gap Year merupakan inisiatif di bawah Lonjakan 1 (Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)

Gap Year dalam Berita:

  1. 13 Januari 2017: Malaysia Public Universities to Implement Gap Year Programme for Undergraduates Starting September http://education.malaysia-students.com/2017/01/malaysia-public-universities-to.html
  2. 13 Januari 2017: Malaysian Universities Start Implementing ‘Gap Year’ For Students To Travel And Pursue Interest
    http://www.worldofbuzz.com/malaysian-universities-implement-gap-year-pursue-interest-travel/
    http://www.worldofbuzz.com/malaysian-universities-implement-gap-year-pursue-interest-travel/
  3. 13 Januari 2017: Gap year option: Varsity students to get a year off from study http://www.nst.com.my/news/2017/01/203878/gap-year-option-varsity-students-get-year-study
  4. 18 Januari 2018: Program “Gap Year” Bakal Dilaksanakan Tahun Ini Melibatkan 8 Universiti Awam http://afterschool.my/bm/berita/program-gap-year-bakal-dilaksanakan-tahun-ini-melibatkan-8-universiti-awam/
  5. 18 Januari 2017: Independent News for International Students https://www.studyinternational.com/news/malaysia-public-universities-set-to-introduce-gap-year-scheme-for-undergraduates/#tIj11YkwuwguSZY0.97
  6. 25 April 2017: Gap year programme launched in public varsities http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/gap-year-programme-launched-in-public-varsities
  • Hits: 516

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 27 Jun 2019, 20:29.