logo.rasmi.bm

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

PENGENALAN  

Pendidikan di Malaysia sentiasa dinamik bagi memastikan semua warganegara mendapat pendidikan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi memenuhi aspirasi sistem dan aspirasi murid. Keadaan ini selaras dengan konsep yang digarapkan oleh UNESCO, iaitu Education For All (EFA).

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib dan surat-surat pekeliling mengenai kemasukan murid ke sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 bertarikh 11 Mac 2009 telah mengeluarkan arahan bahawa mana-mana kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara, boleh didaftarkan sebagai murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan setelah mendapat surat pengesahan atau surat perakuan daripada ketua kampung.

Dengan dasar ini,  KPM telah memberi akses pendidikan formal kepada kanak-kanak yang berkenaan.

Menerima murid warganegara Malaysia dalam peringkat persekolahan daripada prasekolah hingga menengah atas (berumur 5 hingga 17 tahun).  Kategori kanak-kanak yang diterima masuk ke SBJK adalah :

  • Kanak-kanak jalanan
  • Kanak-kanak terpinggir
  • Kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri
  • Kanak-kanak yatim piatu yang tinggal di bawah pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar

Latar belakang keluarga murid SBJK terdiri daripada anak-anak pekerja sosial, ibu bapa yang terlibat dalam gejala dadah, perilaku jenayah, institusi kekeluargaan yang kucar kacir, tidak mempunyai tempat tinggal tetap (gelandangan) dan golongan miskin tegar.

OBJEKTIF INISIATIF

 objektif inisiatif sbjk

KONSEP SBJK

konsep sbjk

kumpulan sasar sbjk

  • Hits: 1480

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 20 Jun 2019, 11:33.