logo.rasmi.bm

Hebahan : Penawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Di Dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Di Politeknik, Kolej Komuniti Dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Ski

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk menawarkan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) kepada:

- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang akan mengikuti pengajian secara SEPENUH MASA.

- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Skim Perkhidmatan DH) yang sedang mengikuti pengajian secara SEPARUH MASA.

- Para Pentadbir dan Pegawai bukan akademik IPTA bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA.

Sehubungan itu, PPPT yang berminat dan berkelayakan adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami setiap maklumat serta syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan. Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://biasiswa.moe.gov.my/hlp/index.php atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka). Kesemua dokumen sokongan serta borang perakuan Ketua Jabatan hendaklah dimuatnaik kembali dan permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ’Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan.

Permohonan akan mula dibuka mulai 10 Julai 2019 jam 5.00 petang hingga 25 Julai 2019 jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas dari jam 5.00 petang tidak akan diproses. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

10 Julai 2019

Muat Turun

Permohonan & Semakan Dibuka

  • Hits: 2787

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman