logo.rasmi.bm

Semakan Calon Layak Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2019

Sukacita dimaklumkan, saudara/saudari yang memohon Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2019 kini boleh membuat semakan terhadap panggilan menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Semakan bagi maklumat tarikh, masa, tempat, etika pakaian dan senarai dokumen wajib dibawa boleh dibuat secara atas talian sahaja:

Pautan: https://biasiswa.moe.gov.my/biasiswa/

Pada: 03 Jun 2019 (Isnin), jam 12.00 tengah hari hingga 26 Jun 2019 (Rabu), jam 12.00 tengah hari

Sebelum menghadiri ujian, calon adalah diingatkan supaya mengambil perhatian terhadap perkara berikut:

  1. Membaca dan memahami dokumen ‘Peraturan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG);
  2. Mencetak dan membawa bersama salinan surat panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG);
  3. Membawa bersama sesalinan SURAT AKUAN CALON yang diisi dengan lengkap;
  4. Mematuhi kod pakaian yang ditetapkan;
  5. Menghadiri ujian pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan; dan
  6. Membawa bersama semua borang dan dokumen sokongan yang ditetapkan

Urus Setia Biasiswa ISMP 2019

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

01 Jun 2019

  • Hits: 3563

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman