logo.rasmi.bm

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Sebagai Pegawai Cemerlang Di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Cemerlang ke Gred DG44, DG48, DG52 dan DG54 secara Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi Tahun 2019. Permohonan adalah terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian-Bahagian KPM, Institusi-Institusi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat dalam pengurusan/ pentadbiran SAHAJA (tidak termasuk Pegawai SISC+ dan Pegawai SIPartners+).

Sehubungan itu, semua pemohon diingatkan supaya mengisi Lampiran A-1: Borang Permohonan Pegawai Cemerlang (PC2019/44/48/52/54) mengikut format seperti di LAMPIRAN A dalam Surat Siaran Permohonan. Borang permohonan dan lampiran-lampiran tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan masing-masing bagi tujuan penilaian dan perakuan. Calon-calon dan Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua maklumat permohonan adalah lengkap, betul dan teratur. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan perakuan calon ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) sebelum atau pada jam 05:00 petang, Jumaat, 21 Jun 2019. Sekiranya calon yang diperakukan tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak urus setia  dalam tempoh enam (6) bulan dari 1 Disember 2019 hendaklah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Iklan boleh mula dimohon mulai 13 Mei 2019 (Isnin).

*Berikut adalah senarai yang perlu diisi : (sila klik pada nama borang di bawah untuk memuat turun :

  1. Surat Siaran Permohonan – hanya untuk PEMOHON
  2. Data Access – Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang Tahun 2019 –untuk kegunaan KETUA JABATAN SAHAJA.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun Semua Fail Di Sini

Permohonan & Semakan Dibuka

  • Hits: 7215

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 24 Mei 2019, 15:09.