• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Hebahan : Surat Makluman Pelaksanaan Arahan Potongan Gaji Mandatori Bagi Peminjam Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berkhidmat Di Sektor Awam

Hebahan : Surat Makluman Pelaksanaan Arahan Potongan Gaji Mandatori Bagi Peminjam Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia Yang Berkhidmat Di Sektor Awam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Pinjaman Kumpulan Wang Amanah (JAKWA) Bil.2/2018 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Ketua Setiausaha, KPM telah memutuskan supaya pemotongan gaji mandatori terus dilaksanakan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) kepada peminjam yang berkhidmat di sektor awam namun belum/terhenti membayar balik pinjaman pelajaran KPM. Hal ini kerana KPM memandang serius akan aspek keberkesanan pengurusan kutipan balik pinjaman dan kepatuhan pegawai terhadap arahan potongan gaji (APG) sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian.  

Bersama-sama ini dikemukakan Surat Makluman Pelaksanaan Potongan Gaji Mandatori Bagi Peminjam Pinjaman Pelajaran KPM Yang Berkhidmat di Sektor Awam untuk rujukan tuan/puan :

Muat turun :

  1. Surat Makluman Pelaksanaan Arahan Potongan Gaji Mandatori Bagi Peminjam Pinjaman(.pdf)

 

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

30 April 2019

  • Hits: 2933
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 21 Ogos 2019, 14:25.