• Laman Utama
  • Pemberitahuan
  • Pengumuman
  • Hebahan : Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (penyalahgunaan Dadah) [SPADA], Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019

Hebahan : Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (penyalahgunaan Dadah) [SPADA], Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka tawaran permohonan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dengan KPM terutamanya kepada guru bimbingan dan kaunseling atau PPP yang mempunyai pengalaman secara khusus dalam bidang bimbingan dan kaunseling untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] tahun 2019.

Program SPADA bertujuan melahirkan guru terlatih dan berkepakaran dalam menangani masalah di kalangan pelajar terutamanya melibatkan penyalahgunaan dadah di sekolah. Fokus pengajian program ini memberi penekanan kepada elemen pencegahan dadah. Kursus ini akan dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM)  secara sepenuh masa dan dijangka akan bermula pada September 2019 selama 24 bulan (4 Semester).

Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap sebelum dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) sebelum atau pada 7 Mei 2019 (Selasa).

Muat turun :

  1. Syarat Permohonan (.pdf)
  2. Dokumen Permohonan (*.zip)
    1. KPM(BBP)LD1 2019 Borang Permohonan Mengikuti Pengajian 2019
    2. KPM(BBP)LD2 2019 Borang Perakuan Ketua Jabatan
    3. KPM(BBP)LD3 2019 Borang Perakuan Kedudukan Kewangan
    4. KPM(BBP)LD4 2019 Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan
    5. KPM(BBP)LD5 2019 Borang Maklumat Politik

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

11 April 2019

  • Hits: 6866
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 19 Ogos 2019, 15:34.