logo.rasmi.bm

KPM Berhasrat Jadikan DBP Setaraf Institut Bahasa Negara Maju

IMG 20190411 WA0002
 Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pusat rujukan bahasa Melayu setaraf dengan institut bahasa lain yang dimiliki negara maju dalam tempoh lima tahun, kata Timbalan Menterinya Teo Nie Ching.
 
"Terdapat juga usaha untuk menjadikan DBP setaraf British Council (di United Kingdom), Goethe Institute (Jerman) dan Nippon Institute (Jepun).
 
"Bahasa kebangsaan akan diperkasakan di peringkat rantau ASEAN dan di persada dunia,” katanya ketika merasmikan Sidang ke-58 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) di sini hari ini.
 
Teo berkata pihaknya akan melipatgandakan usaha bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia selain menyeru agar semua pihak memainkan peranan dengan memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan.
 
"Ciri dan sifat bahasa Melayu yang fleksibel, menjadi satu ciri bahasa ilmu yang relevan dengan peredaran zaman sekali gus menjadi kekuatan untuk bahasa kita berkembang dengan bahasa-bahasa lain di dunia," katanya.
 
Sidang ke-58 MABBIM anjuran DBP berlangsung selama enam hari yang akan berakhir pada 13 April ini bertemakan 'Bahasa Melayu/Indonesia sebagai Bahasa Utama Dunia'.
 
MABBIM adalah majlis yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu dan Indonesia, dianggotai oleh tiga negara iaitu Brunei, Indonesia dan Malaysia.
 
 
  • Hits: 719

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 17 Jun 2019, 00:32.