Misi Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), KPM Di Vietnam

YBhg. Dato' Dr. Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyempurnakan Majlis Flag-Off Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke GSCV Vietnam di Putrajaya semalam.

Seramai 62 sukarelawan Yayasan Sukarelawan 
Siswa (YSS) dari pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT) akan berkampung di Vietnam selama sebulan bersama 50,000 siswa dari negara itu untuk menyertai Green Summer Volunteer Campaign bermula Ahad ini.

Sukarelawan siswa YSS yang terpilih mewakili pelbagai Institut Pendidikan Tinggi(IPT) itu akan berlepas esok sehingga 8 Ogos bagi menjalankan khidmat bakti kepada masyarakat di empat buah kampung di empat daerah.

YBhg. Dr Gazali berkata bahawa beliau amat berbesar hati dengan peranan yang dimainkan oleh YSS dalam menyemarakkan semangat kesukarelawanan di dalam negara mahupun antarabangsa khasnya dalam konteks pendidikan.

"Ia sejajar dengan matlamat Sustainability Development Goals (SDGs) yang diperakukan oleh Petubuhan-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan didukung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

"Kementerian sentiasa berusaha untuk menyubur dan menyermarakkan semangat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara. Untuk matlamat ini, Kerajaan Malaysia melalui KPM meletakkan asas yang kukuh melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2015 untuk terus melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Perkara ini sudah tentu dapat dicapai melalui aktiviti kesukarelawanan seperti ini," tambah beliau.

Turut hadir, Tan Sri Lee Lam Thye, 
Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa dan YBhg. Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, KPM.

 
 
(UKK 5 Julai 2019)
  • Hits: 862
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 23 September 2019, 08:51.