YB Dr. Maszlee Malik dan YB Puan Teo Nie Ching Lawat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Johor

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Johor telah melakar sejarah tersendiri apabila telah menerima kunjungan Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching hari ini.

Pada sesi lawatan tersebut kedua-dua tetamu kehormat telah dibawa meninjau kelas pembelajaran bagi kursus yang ditawarkan di sekolahberkenaan di samping turut mencuba urutan refleksologi kaki oleh Murid Berkeperluan Khas (MBK) ketidakupayaan penglibatan dan masalah pembelajaran.

Terdahulu YB Dr. Maszlee dan YB Puan Teo telah diberikan taklimat oleh pihak Pengurusan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional tersebut.

Mempunyai kapasiti seramai 213 orang murid, sebanyak enam jenis kursus ditawarkan di sekolah ini iaitu Kursus Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga, Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan, Kursus Perkhidmatan Estetik, Kursus Dandanan Rambut, Kursus Operasi Pengemasan serta kursus Desktop Publishing.

Turut hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kulai, YBrs Zainal Buang.

 
 
(UKK 16 Jun 2019)
  • Hits: 1101
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 26 Ogos 2019, 15:13.