logo.rasmi.bm

PEERS: Kerjasama KPM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat beri impak positif

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching berharap kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat memberi impak positif terhadap pendidikan seks dalam kalangan pelajar sekolah.

Pendidikan seks atau lebih dikenali sebagai Reproduktif dan Pendidikan Kesihatan Sosial (PEERS) merupakan silibus yang terdapat dalamsubjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

“Kita sedar bahawa pendidikan seks sangat taboo di Malaysia dan kita akan berusaha memperbaikinya. Saya sudah berbincang dengan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh, dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melihat kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengemaskini silibus tersebut,” katanya semasa berucap pada program Dialog Polisi Kebangsaan: Pendidikan Seksualiti Komprehensif (CSE) di Shah Alam, hari ini.

Kata beliau, kedua-dua kementerian akan bekerjasama menangani isu-isu seperti jenayah seks siber, pemerdagangan manusia dan pembangunan sahsiah kanak-kanak untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di negara ini terjamin.

Turut hadir, YB Hannah Yeoh, Pengerusi Kesatuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM), Dr. Philip Kho; Presiden FRHAM, YBhg. Dato’ Dr. Kamaruzaman Ali dan Pengarah Program Pusat Penyelidikan Wanita Asia Pasifik (ARROW), Sai Jyothimai Racherla.

 
 
(UKK 12 Jun 2019)
  • Hits: 687

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 20 Jun 2019, 11:33.