Pertemuan Timbalan Menteri Pendidikan Bersama Warga Jabatan Pendidikan Kl dan Guru Besar

YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).

Dalam pertemuan yang berlangsung semalam itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak JPWPKL atas penerangan jelas berkaitan isu-isu pendidikan dan berharap JPWPKL dapat menguruskan isu-isu pendidikan berkenaan dengan kaedah terbaik.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu, YBrs Puan Maznah Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Sentul, YBrs Puan Zainun Ahmad.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Guru Besar-Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pertemuan hampir satu jam itu telah membincangkan pelbagai perkara termasuk yang berkaitan dengan TS25, Science Technology Engineering Mathematics (STEM) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

 
 
(UKK 11 Jun 2019)
  • Hits: 893
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 21 Ogos 2019, 14:25.