YB Dr Maszlee Lawat Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan turut melawat Kolej Matrikulasi Johor di Tangkak bagi melihat sendiri sesi pembelajaran pelajar-pelajar baharu.

Beliau melahirkan rasa puas hati dengan keadaan di kolej matrikulasi berkenaan dan peranan yang dimainkan oleh tenaga pengajar dan pihak pentadbiran.

"Adalah menjadi harapan saya untuk melihat mereka ini melanjutkan pengajian di universiti dan semoga mereka semua berjaya," katanya di akhir lawatan itu. Beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pelajar, murid dan kakitangan kolej.

Ia merupakan lawatan pertama beliau ke Kolej Matrikulasi sejak pengajian tahun 2019/2020 bermula tiga minggu yang lalu. Kolej Matrikulasi ini terdiri daripada lebih 2,400 pelajar.

Kunjungan ke Kolej Matrikulasi Johor merupakan sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke Muar, Pagoh dan Tangkak.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, YBrs Azman Adnan dan Pengarah Kolej Matrikulasi Johor, YBrs. Mohd Yusof Samad.

 
 
(UKK 10 Jun 2019)
  • Hits: 1495
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.