logo.rasmi.bm

Iftar KPM 2019

Lebih 1,000 warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menghadiri Majlis Iftar KPM 2019 di Putrajaya malam tadi.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg Dato' Dr. Mohd Gazali Abas mewakili YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Beliau yang membacakan teks ucapan YB Menteri Pendidikan berkata, majlis diadakan dalam usaha merapatkan ukhwah, memupuk serta menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga KPM.

"Ini selaras dengan slogan kegembiraan, kasih sayang dan saling menghormati. Slogan ini dipupuk dan telah dibudayakan dalam kalangan warga KPM merangkumi semua bidang pendidikan termasuk pensyarah, guru, pelajar sekolah, universiti dan ibu bapa kerana anak-anak ini harus membesar menjadi insan yang unggul, berkeperibadian tinggi, berumbi di dalam diri mereka nilai-nilai kemanusiaan, kasih-sayang, dan saling menghormati antara satu sama lain," kata beliau lagi.

Pada majlis yang sama YBhg. Dato' Dr Gazali menyampaikan sumbangan kepada anak-anak warga KPM serta kakitangan sokongan kementerian yang berkeperluan. Selain berbuka puasa bersama-sama para tetamu turut menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak dan menunaikan solat tarawih. Hadirin turut dihadiahkan dengan buku "Hikmah Ibadah Puasa", sumbangan YB Dr Maszlee.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datin Paduka Ir Dr. Siti Hamisah Tapsir serta pengurusan tertinggi.

 
 
 
(UKK 10 Mei 2019)
  • Hits: 1103

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 24 Mei 2019, 15:09.