logo.rasmi.bm

Sesi Interaksi Peserta ALMP Bersama YB Menteri Pendidikan

Seramai 60 orang Pegawai Kanan dari pelbagai agensi kerajaan termasuk pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang sedang mengikut Kursus The Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 61 Bilangan 2 Tahun 2019, telah menyertai Sesi Interaksi Bersama Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik di Putrajaya tengah hari tadi.

Selain beramah mesra dengan Menteri Pendidikan, pertemuan hari ini turut menjadi jambatan yang kukuh bagi tujuan mewujudkan jaringan dan jalinan antara KPM dan pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan di seluruh Malaysia pada masa akan datang.

Dalam ucapan beliau, YB Dr Maszlee berharap para pegawai kanan yang hadir pada sesi berkenaan sentiasa mencurahkan jasa sepenuhnya dalam membangunkan Kementerian masing-masing.

"Ini yang diharapkan oleh rakyat, ini yang diharapkan oleh generasi anak cucu kita demi Malaysia yang lebih baik," kata beliau.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Kurikulum), YBrs Dr. Habibah Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif The Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) Siri 61 No. 2/2019 yang juga Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YBhg. Dato’ Mohammad Hamdan Abdul Wahid.

 
 
 
 
(UKK 02 Mei 2019)
  • Hits: 525

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 17 Jun 2019, 00:32.