logo.rasmi.bm

YB Dr Maszlee Hadir Meriahkan Sambutan Hari Pekerja Kebangsaan

Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) diwarnai dengan kemeriahan sambutan Hari Pekerja 2019 dengan kehadiran lebih 5,000 pekerja daripada sektor perkhidmatan awam dan swasta.

Sambutan pada tahun ini menggunakan tema "Pekerja Amanah, Aspirasi Negara".

YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia turut sudi untuk sama-sama meraikan Majlis Sambutan Hari Pekerja 2019.

Sambutan kali ini disempurnakan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia.

Sambutan bermula seawal jam 8.30 pagi dengan aneka persembahan muzik, nyanyian, tarian dan juga persembahan daripada Badan Kesenian Tentera Darat. Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Suara Pekerja dan Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Kemudiannya, para hadirin turut berpeluang mendengar amanat YAB Tun Dr. Mahathir.

Perdana Menteri turut mengumumkan tentang inisiatif kepada warga pekerja demi membangunkan pasaran buruh negara, termasuk memperkasa tenaga kerja warga tempatan, sekali gus menekankan bahawa negara sekarang berhadapan dengan revolusi perindustrian 4.0 (IR4.0), yang akan merancakkan lagi landskap dunia moden. Justeru, ia juga menjadi pemangkin kepada proses sistem pendidikan TVET di negara kita.

Turut hadir, YB Tuan M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia dan YB Dato' Mahfuz Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia. 
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg Dato' Dr Mohd Gazali Abas juga hadir sama.

 
 
 
 
(UKK 01 Mei 2019)
  • Hits: 463

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 27 Jun 2019, 09:57.