logo.rasmi.bm

KPM-KBS Bincang Dasar Dan Hala Tuju Secara Menyeluruh Dalam Bidang Pendidikan Dan Sukan 

 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini membincangkan dasar dan hala tuju dalam membangunkan sukan dan membentuk sahsiah belia termasuk kalangan pelajar sekolah dan IPT serta  memperkukuh kerjasama antara kedua-dua kementerian melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama KBS dan KPM yang kali terakhir mesyuarat ini telah diadakan pada tahun 2012.
 
Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempengerusikan bersama mesyuarat dengan pembentangan beberapa kertas cadangan dan makluman antara kedua-dua kementerian.
 
Mengalu-alukan kunjungan Kementerian Pendidikan Malaysia yang diketuai oleh YB Dr Maszlee, YB Tuan Syed Saddiq berkata, sudah tiba masanya dua kementerian ini berkolaborasi antara satu sama lain di samping memberi fokus bukan hanya melahirkan atlet di sekolah-sekolah sukan tetapi bagaimana untuk menjadikan sukan sebagai satu altenatif dalam menyelesaikan isu gejala sosial dalam kalangan anak muda.
 
“Pada masa yang sama juga, KBS akan membangunkan projek pembangunan di kawasan luar bandar yang berisiko tinggi seperti yang diklasifikasikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK)," kataya lagi.
 
YB Tuan Saddiq berharap agar pertemuan hari ini merupakan permulaan untuk jawatankuasa terus memperhalusi keputusan dan pelaksanaan dasar yang akan dilaksanakan nanti.
 
Dalam pada itu, YB Dr Maszlee berkata,
KPM menyambut baik hasrat KBS untuk mengaktifkan semula jawatankuasitu bagi membincangkan perkara yang melibatkan pelajar di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. 
 
“Kementerian juga menyokong penuh hasrat mengenai kertas makluman dan pertimbangan yang diusulkan  bagi memastikan dasar Pelan Pendidikan Sukan Negara dapat dibangunkan dengan lebih berkesan," katanya lagi.
 
Turut hadir ke mesyurat Jawatankuasa Bersama KBS dan KPM hari ini adalah YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan;
YBhg Dato Dr Gazali Abas dan YBhg. Dr Waitchalla R.R.V Suppiah, masing-masing Ketua Setiausaha KPM dan KBS , Timbalan- timbalan Ketua Setiausaha KPM dan KBS serta Ketua- ketua Pengarah Jabatan dan Agensi di peringkat KPM dan KBS. 
 
 
 
(UKK 15 Apr 2019
  • Hits: 1452

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 18 Jun 2019, 17:16.