logo.rasmi.bm

Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta

 
 
YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia telah merasmikan Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di SMK Desa Cempaka, Negeri Sembilan hari ini.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kekal konsisten dengan pendirian bahawa program intervensi tahfiz merupakan mekanisme yang mapan bagi membantu sekolah tahfiz dan memastikan murid tahfiz mampu dan berupaya berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja yang semakin mencabar dalam dasawarsa ini.
 
Pelaksanaan Program Intervensi Tahfiz ini menggunakan Model Rakan Strategi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan pengambilan melibatkan murid tahfiz swasta dari Maahad Tahfiz al-Quran An-Najihah, Kampung Jijan, Nilai.
 
Pendekatan strategik ini akan membawa dimensi baharu dalam arus pendidikan negara bagi memberi ruang kepada murid tahfiz mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara formal yang lebih bersistematik di sekolah KPM untuk persediaan peperiksaan SPM.
 
YB Dr. Maszlee berkata bahawa beliau berharap agar program intervensi ini mendapat kerjasama yang wajar daripada semua pihak yang terlibat samada KPM dan sekolah tahfiz swasta kerana program ini memberi impak yang sangat positif khususnya keyakinan dari aspek akses pendidikan yang berkualiti di sekolah KPM.
 
"Justeru itu, saya pasti program intervensi murid tahfiz swasta ini akan diperluaskan ke SMK yang lain. Saya difahamkan dalam tempoh yang terdekat akan dilaksanakan di SMK Benut, Johor dan mengikut unjuran yang telah ditetapkan bermula pada tahun 2019 sehingga tahun 2023," tambah beliau.
 
Turut hadir, YBhg. Dato' Sulaiman Wak, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) dan YBrs. Encik Hassan Nudin A. Hamid, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam.

 

(UKK 15 April 2019)

  • Hits: 684

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 19 April 2019, 23:16.

Capaian Hari Ini 112

Capaian Minggu Ini 17273

Capaian Bulan Ini 52771

Jumlah Capaian 104452