logo.rasmi.bm

YB Dr Maszlee Merasmikan Pesta Buku Antarabangsa KL 2019

 
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini menggerakkan Dekad Membaca Kebangsaan bagi menjadikan Malaysia sebagai "Negara Membaca" menjelang tahun 2030.
 
Mengumumkan kempen itu ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi, YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan berkata, tempoh antara tahun 2020 sehingga tahun 2030 akan digunakan secara menyeluruh bagi melaksanakan Dekad Membaca Kebangsaan.
 
Bermula akhir tahun lalu KPM telah mula mempergiatkan kempen Dekad Membaca Kebangsaan dengan objektif ia dapat dilaksanakan dengan berkesan melibatkan pelbagai pihak termasuk di kedua-dua peringkat nasional dan negeri.
 
“Saya secara peribadi telah memulakan kempen dengan berkongsi 10 buah judul buku saya paling gemari dengan tanda pagar #malaysiamembaca dan kemudian saya galakan umum untuk menyambungnya dengan berkongsi buku mereka gemari," kata beliau.
 
Kata YB Dr Maszlee, perkongsian beliau itu telah dikongsi oleh lebih 4,000 kali dalam tempoh begitu singkat.
 
Oleh itu katanya, untuk menjadikan Malaysia sebagai "Negara Membaca 2030" sebenarnya tidak mustahil untuk dilaksanakan.
 
Justeru beliau berharap semua pihak akan berganding bagi menjayakan Dekad Membaca Kebangsaan.
 
PBAKL 2019 akan berlangsung sehingga 7 April 2019. Ia dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan disokong oleh KPM dan mendapat kerjasama persatuan-persatuan industri buku iaitu Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Penerbit dan Pengedar Buku Bumiputera Malaysia (PPPBBM), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) dan juga Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
 
 
 
(UKK 30 Mac 2019)
  • Hits: 472

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 18 Jun 2019, 16:39.