logo.rasmi.bm

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UiTM

 
Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah perkenan menyempurnakan sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM ke-90 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam, hari ini.
 
Turut hadir YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.
 
Ini merupakan istiadat konvokesyen pertama sejak Seri Paduka Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Baginda telah dimasyhur sebagai Canselor UiTM pada 19 Mac 2019 lalu.
 
Baginda menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam) kepada Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar' Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
 
Penganugerahan ini adalah bagi mengiktiraf kepimpinan baginda sepanjang lima dekad memerintah Brunei sehingga mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Pada sidang pertama hari ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut perkenan menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah kepada 109 graduan dalam pelbagai bidang.
 
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda berpesan agar para graduan sentiasa meneruskan usaha dalam memperkasa bangsa.
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj turut perkenan berangkat ke sidang pertama istiadat konvokesyen.
 
 
(UKK 23 Mac 2019)
  • Hits: 649

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 24 Jun 2019, 16:41.