Datuk KPPM Ziarah Mangsa Kejadian Pencemaran Sisa Kimia Pasir Gudang

YBhg Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia petang tadi menziarahi murid yang merupakan mangsa kejadian terhidu sisa bahan kimia, di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor. Beliau turut meluangkan masa berbual dengan beberapa pesakit kalangan orang awam yang turut dirawat di HSI, yang terkesan ekoran kejadian itu.

Selain itu beliau turut meluangkan masa melawat pusat operasi pengurusan bencana dan pelajar-pelajar di pusat rawatan sementara di dewan serba guna Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.

  • Hits: 1547
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 22 September 2019, 23:25.