YB Dr Maszlee Lancar Inisiatif Putra Future Classroom UPM

YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Putra Future Classroom (PFC) di Universiti Putra Malaysia (UPM).

YB Dr. Maszlee dalam ucapannya berkata, dengan adanya integrasi teknologi dalam persekitaran pembelajaran atau ekosistem yang kondusif, jurang dapat didekatkan serta kompleksiti dapat ditangani dan dihuraikan agar perbezaan masing-masing dapat difahami.

"Saya dimaklumkan, PFC telah terlebih dahulu menyahut seruan saya dalam perutusan 2019, menyahut dengan erti kata menjadikan beberapa inisiatif mereka relevan dengan hasrat kementerian, dalam beberapa bentuk solusi dan inovasi pendidikan yang akan dilancarkan pada petang ini."

PFC yang bermotokan "Technology Enhanced Talaqqi" menggunakan pendekatan pembelajaran dan pengajaran terkini interaktif, teradun dan mengambil peluang aplikasi teknologi canggih mudah alih.

Ia dihasilkan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Dalam pada itu, YB Dr. Maszlee turut menggalakkan ciptaan lebih banyak aplikasi yang menarik dan boleh diakses oleh semua untuk pembelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan juga Matematik.

  • Hits: 1037
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 24 Ogos 2019, 08:12.