logo.rasmi.bm

Pembekal PSH

PSH diamalkan secara meluas di Malaysia. Terdapat banyak pihak yang terlibat menawarkan program PSH di peringkat formal dan tidak formal, seperti Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, dan juga empat belas kementerian lain serta agensi yang berkaitan.

UNIVERSITI AWAM (UA)

UA terlibat secara aktif dalam program-program PSH secara sambilan, kursus pendek dan program-program pendidikan jarak jauh. Antara UA yang terlibat ialah:

  1. Universiti Malaya (Pusat Pendidikan Berterusan);
  2. Universiti Sains Malaysia (Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh);
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (Pusat Pengembangan Pendidikan);
  4. Universiti Putra Malaysia (Pusat Pendidikan Luar dan Institut Gerontologi);
  5. Universiti Teknologi Malaysia (Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan);
  6. Universiti Teknologi MARA (Institut Pembangunan Pendidikan);
  7. Universiti Pendidikan Sultan Idris (Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat); dan
  8. Universiti Utara Malaysia (Eksekutif Pusat Pembangunan);

POLITEKNIK

Politeknik juga menawarkan mod sambilan di beberapa buah politeknik di bawah inisiatif PSH iaitu Kursus Secara Sambilan (KSS) dan Reskilling & Upskilling (R&U). Program KSS dijalankan selepas waktu pejabat terutama pada hujung minggu. Majoriti pelajar KSS adalah orang dewasa yang bekerja dengan tujuan memperoleh kelayakan akademik di peringkat diploma. Pengajaran kurikulum, pendekatan pembelajaran dan penilaian adalah sama dengan program sepenuh masa. Perbezaan hanya terdapat dalam mod pelaksanaan. Program R&U adalah untuk peningkatan kemahiran bagi memperoleh kemahiran baharu.

KOLEJ KOMUNITI

Kolej komuniti merupakan hab PSH di negara ini (KPT, 2007). Kolej komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) telah mula membudayakan PSH disamping menyediakan pendidikan dan latihan melalui program secara sepenuh masa sejak tahun 2001. Kolej komuniti menyediakan pelbagai bentuk program yang berteraskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional di peringkat sijil dan diploma. Sehingga kini terdapat 93 buah kolej komuniti di seluruh negara.

INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (IPTS)

Selain UA, terdapat juga IPTS menjalankan program pendidikan jarak jauh. IPTS utama yang terlibat secara aktif dalam program-program PSH seperti: Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Wawasan Open University (WOU), Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Asia e University (AeU), Al-Madinah International University (MEDIU), Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) dan lain-lain lagi. Berdasarkan infrastruktur yang ada, rangkaian penubuhan, promosi kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang diketuai oleh Institusi swasta, mampu menjana dan meningkatkan bilangan enrolmen PSH pada tahun 2020.

  • Hits: 886

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 20 Jun 2019, 11:33.