logo.rasmi.bm

STPM

Sijil STPM

  1. Calon sekolah hendaklah mengambil sijil STPM mereka dari sekolah masing-masing, manakala calon sekolah swasta dan calon persendirian individu dari Jabatan Pendidikan Negeri.
     
  2. Calon diberi tempoh masa 12 bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan untuk mengambil sijil. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri akan menghantar balik sijil-sijil yang tidak dituntut ke Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang ingin mendapatkan sijil selepas tempoh tersebut hendaklah berurus terus dengan Majlis Peperiksaan Malaysia dan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan hendaklah disertai salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada), salinan kad pengenalan dan sampul surat beralamat sendiri berukuran 38cm x 26cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG TUNTUTAN SIJIL STPM.
     
  3. Calon yang kehilangan sijil STPM boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan atau salinan sijil. Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A.

    (a) Bagi permohonan mendapatkan penyata keputusan, caj sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga.  Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis  Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata keputusan peperiksaan STPM/Ujian MUET.

    (b) Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, calon akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon salinan sijil STPM.
     
  4. Calon yang ingin mendapatkan transkrip STPM dalam versi bahasa Inggeris hendaklah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:

(a)

 Surat atau borang permohonan transkrip sijil yang menyatakan alamat universiti luar negara yang dipohon.

Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon transkrip sijil STPM.

(b)

 Bayaran perkhidmatan RM50.00 bagi setiap satu transkrip.

(c)

 Salinan slip keputusan atau salinan sijil STPM.

  1. Transkrip tersebut akan dihantar terus oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ke universiti berkenaan tanpa melalui calon. Walau bagaimanapun, salinan surat penghantaran transkrip ke universiti terlibat akan dihantar kepada calon.
  • Hits: 5597

ALAMAT KEMENTERIAN

   Kementerian Pendidikan Malaysia,
   No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
   62200 Putrajaya, Malaysia. 

   icon telephone  Telefon : +60 38870 6000 
   icon fax  Fax : +60 38870 6885
   icon emel  E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
qrcode border


Hak Cipta Terpelihara 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Paparan terbaik adalah dengan menggunakan pelayar Google Chrome versi terkini. Sesuai juga menggunakan pelayar Internet Explorer versi 9+, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera versi terkini dengan resolusi 1366 X 768 dan ke atas. 
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Panduan Portal | Pasukan Web | Peta Laman
Tarikh Kemaskini 17 Jun 2019, 00:32.