SPM Ulangan (SPMU) dan SPM Calon Persendirian

Bagaimanakah cara untuk mengambil Peperiksaan SPM Ulangan (SPMU)

Untuk makluman, tuan/puan boleh mengambil peperiksaan pada tahun 2019.  Pendaftaran peperiksaan SPM Ulangan akan dibuka pada 1 sehingga 31 Mac 2019. Sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk urusan pendaftaran, bayaran dan untuk mendapatkan panduan selanjutnya. 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 03-88843787 / 03-88843745 / 03-88843785.

Bagaimanakah untuk mendaftar SPM Calon Persendirian

Untuk makluman, calon hendaklah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan. 

Sehubungan dengan itu, calon sekolah dan calon persendirian yang pertama kali mendaftar untuk peperiksaan SPM hendaklah mendaftar enam (6) mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Mathematics, Science dan Pendidikan Islam (wajib untuk calon yang menganut Agama Islam) atau Pendidikan Moral (wajib untuk calon yang tidak menganut Agama Islam).

Pendaftaran boleh dibuat di Jabatan Pendidikan Negeri di mana tuan ingin duduki peperiksaan. Pendaftaran bermula pada 1 hingga 31 Mac 2019.  Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 03-88843785 / 0388843787.

  • Hits: 9472
This website is protected by RSFirewall!, the firewall solution for Joomla!
© 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Hak Cipta Terpelihara
Tarikh Kemaskini 17 Ogos 2019, 00:24.